339 Kemalangan Elektrik Dicatat Dari 2002 Hingga 2007


JOHOR BAHARU, 28 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Tenaga merekodkan 339 kemalangan elektrik di seluruh negara sepanjang tahun 2002 hingga 2007.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Ab’llah Mohd Salleh berkata sebanyak 171 kes yang berlaku sepanjang tempoh itu melibatkan kemalangan maut manakala 168 kes tidak membawa kematian.

“Sebanyak 37 kemalangan maut dicatat setiap tahun dari tahun 2005 hingga 2007,” katanya ketika merasmikan kempen kesedaran keselamatan elektrik 2009 peringkat Negeri Johor di sini, Sabtu.

Beliau berkata statistik kemalangan maut 2002-2006 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga turut menunjukkan pelajar sekolah merupakan golongan ketiga selepas kontraktor dan pekerja sendiri yang menjadi mangsa.

Ab’llah berkata kempen kesedaran sebagaimana yang diadakan hari ini bertujuan menyalurkan maklumat dan memupuk kesedaran yang positif mengenai kepentingan menjaga keselamatan elektrik.

Beliau berkata pada tahun lepas program seumpama itu diadakan di 10 daerah di Zon Utara, Tengah, Selatan dan Timur melibatkan hampir 150 buah sekolah rendah dan menengah.

— BERNAMA

Advertisements

3 thoughts on “339 Kemalangan Elektrik Dicatat Dari 2002 Hingga 2007

  1. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu kita ambil tahu untuk mengelakkan kemalangan elektrik belaku…sama-sama kita bincangan ye.

  2. Salam…
    “Tidak bahayakah keluarga saya jika pihak TNB telah membuat sambungan pendawaian Eletrik biasa di atas bumbung Zink rumah Orang tua saya ”
    Berikutan kebanyakkan tiang elektrik TNB telah terjatuh ke dalam sungai di kampung saya Pulau Teluk Renjuna, Tumpat,Kelantan kesan daripada hakisan banjir. Pihak TNB telah bekerjasama dengan orang kampung untuk membuat pendawaian kabel Elektrik hanya di ikat pada pokok-pokok kelapa sahaja…
    Minta pandangan dan tindakan susulan sebelum membahayakan orang ramai.

  3. Pada pandangan saya, ketika itu TNB sudah memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum membuat kerja – kerja pembaik pulihan bekalan di kampung tuan, mereka buat demikian untuk sementara waktu sahaja bukan untuk pendawaian kekal. Alat pelindungan akan dipasang pada litar pendawaian tersebut, TNB tidak akan mengambil risiko untuk membuat risiko untuk membahayakan pengguna dengan pendawaian yang salah. Motif utama TNB adalah untuk membekal elektrik untuk keselesaan pengguna. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s