Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?


Hari ini ramai orang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar voltage stabilizer pada kereta? Di manakah ia di pasang dan mengapakah ia perlu dipasang? Adakah ia membantu performance kereta kita? Disebabkan kemusykilan ini jadi masih ramai di antara pemilik-pemilik kereta di luar sana masih lagi tidak memerlukan voltage stabilizer ini. Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis voltage stabilizer yang hangat di pasaran.

Stromberg

Stromberg

Pivot Raizin

Pivot Raizin

i-charge

i-charge

eco charge

eco charge

Zaptor

Zaptor

Brand lain1

Brand lain1

Brand lain2

Brand lain2

Brand lain3

Brand lain3

Brand lain4

Brand lain4

Pasang di mana? ada dua pilihan

Ada yang pasang pada bateri kereta

Ada yang pasang pada bateri kereta

Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta

Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta

Ini adalah hasil penggooglelan saya mengenai Fungsi Voltage Stabilizer..Check it out!

Loads of Testimonials and Comments from Volvo Owners Club Malaysia:

Finer Details:

TO IMPROVE THE ENGINE PERFORMANCE, THE CAR’S ECU IS HIGHLY DEPENDENT ON ALL SENSORS THAT PROVIDE DATA & SIGNALS TO COORDINATE DIFFERENT PARTS IN DIFFERENT PLACES. THE ECU CAN GIVE BEST JUDGEMENT IF & ONLY IF THE SIGNAL IS ACCURATE WHICH AFFECTED BY ELECTRICAL FLOW IN THE SYSTEM. HENCE A STABLE & POWERFUL ELECTRICAL SYSTEM IN CAR WILL ENSURE BEST TORQUE & RESPONSE.

THIS VOLTAGE STABILIZER WITH ITS CIRCUITRY CAN ASSURE FULL RANGE RPM TORQUE. IMPROVED ACCELERATION BOTH IN CIRCUIT AND STREET USE. IT ALSO ENHANCES AUDIO, LAMPS & ALL OTHER EQUIPMENTS TO THEIR MAXIMUM POTENTIAL.
BENEFITS:

* INCREASES TORQUE
* IMPROVES FUEL ECONOMY
* IMPROVES ENGINE RESPONSE
* STABILIZES IDLING
* QUICK ENGINE START
* LESSER ENGINE NOISE
* INCREASES HEADLIGHT BRIGHTNESS
* IMPROVES BATTERY LIFE & AUDIO QUALITY

THIS VOLTAGE STABILIZER STORES ELECTRICAL ENERGY AT ALL TIME TO PROVIDE STABLE & SUFFICIENT ELECTRICAL ENERGY WHENEVER THERE IS VOLTAGE DROP ACROSS THE SUPPLY WHEN POWER NEEDED FROM ALL PARTS IN THE CAR.

THIS SYSTEM CAN FILTER OUT ELECTRICAL NOISE & ELIMINATE IRREGULAR CURRENT FLOW IN THE CAR ELECTRICAL SYSTEM.

ITS SO EASY TO INSTALL, JUST CONNECT THE RED WIRE TO BATTERY POSITIVE & BLACK WIRE TO BATTERY NEGATIVE.

Advertisements

12 thoughts on “Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?

  1. Saya buat penggooglelan lg dan dapat soalan beserta dengan jawapannya…waa ini sudah bagus.

    1. Soalan:
    Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer – VS) pada kenderaan?
    Jawapan:
    Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, VS akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.

    2. Soalan:
    Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan VS?
    Jawapan:
    Setakat ini, hasil pencarian saya di internet tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.

    3. Soalan:
    Kenapa harga VS mahal di pasaran sedangkan komponennya adalah terdiri komponen yang asas sahaja?
    Jawapan:
    Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain.

    4. Soalan:
    Bolehkah VS DIY ini mampu berfungsi seperti VS di luar sana?
    Jawapan:
    Mengapa tidak, komponen adalah sama jadi fungsi pun sama juga.

    5. Soalan:
    Setelah saya menghasilkan VS ini dan mencubanya, saya perasan ada perubahan setelah menggunakan VS ini, tetapi kelajuannya tetap sama seperti sebelum ini. kenapa?
    Jawapan:
    Voltage Stabilizer hanyalah sebuah alat tambahan elektronik, mana mungkin dapat mengerahkan komponen mekanikal untuk kelajuan! Kalau ada pun pertambahan kelajuan hanyalah tidak lebih dari 4 – 6%. Jadi kesan positifnya menggunakan VS ini adalah kepada peranti elektronik. Anda perlu ubah bahagian mekanikal untuk kelajuan, atau ubah alat yang mengawal mekanikal cara ia bekerja.

    6. Soalan:
    Ada orang cakap, VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
    Jawapan:
    Saya akan jawab secara teori bukan ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.

    7. Soalan:
    Kenapa pihak pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan VS ini, jika betul VS bagus?
    Jawapan:
    Pihak pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. VS tidak memberi banyak kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.

    8. Soalan:
    Berapa lama VS boleh bertahan dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
    Jawapan:
    Perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam VS akan kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun lebih, mereka telah akui perkara ini.

    9. Soalan:
    Saya perhatikan, ada litar VS yang tidak sama antara satu sama lain hasil pencarian di internet. Contohnya, kenapa ada VS yang banyak capasitor dan kurang, begitu juga dengan nilai Farad yang berbeza-beza?
    Jawapan:
    Jumlah capasitor kurang atau banyak dan nilai Farad yang berbeza akan menentukan nilai kemuatan Voltan (charge and discharge), ini bergantung jenis dan fungsi sesebuah kenderaan. Saya andaikan ini, kalau 1 batang lidi rim basikal di buat besar dan kuat, adakah berupaya 1 batang tersebut mampu menampung beban? Mestilah tidak, sebab ianya akan berputar dan beban tidak sama berat. Jadi, sebab itu dibuat kecil tapi dengan jumlah yang banyak untuk menampung beban dan putaran. Begitu juga dengan jumlah capasitor yang sentiasa bertugas simpan-buang cas dengan kadar yang cepat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    10. Soalan:
    Walaupun saya tahu VS ini ada orang cakap bagus, tapi saya tidak yakin akan keberkesanannya, ini apa kes pulak?
    Jawapan:
    Dalam Islam menekankan keyakinan, kalau tidak yakin, tidak perlu buat VS ini. Jangan buat perkara yang sia-sia dan membazir.

    Sumber DiPetik

  2. Pingback: Voltage Stabilizer Untuk Kereta Dan Motorsikal « Blog Elektrik & Elektronik

  3. bos, di sini saya ada mendengar sendiri cerita kereta sorang member ni yang mengunakan Guangdo punya VS warna kuning emas tu, di mana setelah dia mengunakan VS tu selama lebih setahun pada kereta Toyota baru masalah berlaku, masa dia start enjin hidup tapi bila mahu tekan minyak masuk gear kreta x mahu jalan, apabila kereta dihantar pada Toyota mechanic, mereka menunjukan ECU kereta tu telah habis terbakar hangus dan puncanya ialah disebabkan Guangdo VS tu..persoalannya betul ka VS ni boleh membuat ECU hangus?adakah disebabkan tempat letak/lekat yg salah?semua kereta bole kena begitu ka?atau hanya Guangdo punya VS brand saja yg bahaya ni?saya ada guna juga VS yang sama dan skrg risau pula perlu buka ka VS tu??

  4. Tq kerana sudi share masalah ini dengan saya pasal VS. Betul ke VS ni sebabkan ECU kereta terbakar? Hasil penggooglelan saya tiada komen pun yang mengatakan ECU terbakar di sebabkan oleh VS dan banyak mengatakan ECU terbakar disebabkan Alternator. Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator untuk mengontrol nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow@terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan.
    Berkaitan tempat di pasang pula tidak kira di mana, dalam kereta atau di lekatkan pada bateri yang pastinya ia dilindungi dengan fius untuk keselamatan jika berlaku short circuit dan dimasuki air. Pastikan VS ini water proof dan lindungi dari terus pancuran air ketika membasuh engin kereta.

  5. salam,sy nk tanya..bagaimana tuan tahu bahawa vs ini berkesan ke x?cara pengujian bagaimanakah yg tuan buat?ape nama ujian tu..

  6. Keberkesanan VS ini diuji apabila kita mencubanya…kalau kita tidak mencubanya kita tidak akan mendapat kesan apa-apa. Cara pengujiaannya dan ukurannya ialah ujian dengan mata kasar pada meter minyak kereta anda, lihat dan alamilah penjimatannya. Inilah cara yang paling mudah untuk mengesan keberkesanannya. Harap maklum!

  7. Untuk makluman, VS ini adalah sebahagian daripada aksesori kereta dan moto sebenarnya. Tidak semua kereta baru ada spoiler dan skirt, motor ada rim sukan. Terpulanglah pada owner kereta dan moto nak ke atau pasang kemudian. Kalau difikirkan jika semua manufacturer kereta dan moto, siap sedia pasang VS alamatnya pembuat VS yang lain tidak boleh cari makan la tuan!

  8. Rasenya tak jadi mslh besar kalau manufacturer kereta melengkapkn kereta yg baru dibeli dgn penambahan VS secara build in. Kalau ini boleh mnybbkn syarikt yg mbangunkn VS bankrupt tak timbul isu sbb mrk boleh jd sub malah mrk lagi untung Sbb skrg yg pakai VS hnya mrk yg tahu shj itupun sbb dpt info kegunaannya kalau tak smp ke sudah mrk tak psg benda alah ni sbb its volunteer option. Mcm juga cd player bkn smua manufacturer kereta ada player mrk sendiri mrk tmbh accessori hasil join venture dgn syrkt yg ada expertise buat audio player. Cuma kos harga kereta meningkatkn la lagi kalau tmbh function

  9. salam satu malaysia….. sy ade soalan nak di ajukan…. sy berminat hendak pasang PIVOT RAIZIN dekat kereta sy, tp di pasaran terdapat byk keluaran n warna berbeza di antara nye warna biru, ungu , merah n hijau … jadi ley tahu jenama dan warna aper y boley sy beli.. ~ adun~

  10. Keluaran mengikut warna adalah mengikut nilai mikrofarad yang dibekal pada setiap Pivot Raizin…harganya pun berbeza mengikut warna. Boleh pilih mengikut warna dan sediakan modal secukupnya ye…

  11. sy guna kereta persona yg jenis br, selalu klu pasang air-cond mst terasa RPM turun dan enjin terasa berat seketika sebelum enjin kembali normal dan stabil tp setelah sy cuba VS jenama mega raizin warna unggu mmg terasa enjin pikup dan ringan walau pn sy pasang air-cond. masalah RPM turun dh x de…….mmg best dan x rugi duit. VS sy jenis pasang kat beteri. selamat mencuba……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s