BAHAYA RUMAH BERHAMPIRAN PENCAWANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI?


Pencawang elektrik voltan tinggi

Pencawang elektrik voltan tinggi

Rumah adalah tempat kita sekeluarga untuk berteduh,berlindung dari panas dan hujan,berlindung dari segala mara bahaya dan rumahku adalah syurgaku. Tetapi dalam tidak kita sedari rumah kita duduki mendatangkan bahaya kepada kita sekeluarga. Apa tidaknya, rumah yang kita duduki itu selama bertahun-tahun lamanya berhampiran pencawang elektrik voltan tinggi dan talian atas – seperti gambar yang saya sertakan.
Memang kita tidak nafikan, hari ini kebanyakan kawasan-kawasan perumahan didirikan sangat hampir dengan pencawang elektrik voltan tinggi. Saya tidak pasti kenapa perkara ini boleh berlaku, mungkin pemaju sudah tidak tidak ada tanah lain lagi untuk dimajukan atau hanya untuk kepentingan dan keuntungan semata-semata. Kepada pembeli rumah pula, asalkan rumah memenuhi kehendak naluri masing-masing, mampu bayar dan cantik tidak kisahlah rumah itu berhampiran dengan pencawang elektrik voltan tinggi, tanpa memikiri kesan jangka masa panjang.

Jadi di sini saya sertakan kajian yang di buat berkaitan masalah ini dan sila baca artikel di bawah ini.

Apa itu elektrik dan medan magnetik.

Elektrik adalah pergerakan elektron-elektron atau arus menerusi seutas pengalir. Jenis bekalan elektrik yang melalui pencawang elektrik dan ke rumah adalah arus ulang-alik (AU). AU menghasilkan dua jenis medan iaitu medan elektrik dan medan magnet. Medan elektrik dihasilkan oleh voltan, yang mana tekanan akan menolak elektron-elektron melalui pengalir, seperti air melalui sebatang paip. Jika voltan itu meningkat, medan elektrik itu meningkat. Medan magnet terhasil dari aliran arus melalui kabel atau peralatan elektrik dan kekuatan medan magnet meningkat sepertimana arus itu meningkat. Dua medan ini, medan elektrik dan magnetik, atau lebih dikenali sebagai Elektromagnetik Field (EMF).

Kedua – dua medan elektrik dan magnetik ini wujud di di sekitar peralatan dan perkakas elektrik di rumah, talian kuasa atas (over-head transmission line)dan pencawang elektrik voltan tinggi. Contoh-contoh alat-alat yang mengeluarkan medan ini seperti pencukur elektrik, mesin pengering rambut, komputer-komputer, barang elektronik seperti televisyen-televisyen dan radio.

Bagaimanapun, medan elektrik adalah dengan mudah dilindungi atau dilemahkan oleh dinding-dinding dan objek-objek lain, manakala medan magnetik dapat meresap masuk bangunan-bangunan, manusia, dan kebanyakan bahan-bahan lain. Medan magnetik adalah paling mudah untuk menembusi badan, di mana EMF ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kanser walaupun melalui medan magnetik berfrekuensi rendah.

Apakah hubungan antara pendedahan medan magnet di rumah dan kanser pada kanak-kanak?

Kajian menunjukkan pendedahan medan magnetdi rumah dan risiko kanser pada kanak-kanak dimana terdapat dua jenis barah yang biasa terdedah pada kanak-kanak adalah leukemia dan ketumbuhan otak (brain tumor) dan kebanyakan kajian telah tertumpu pada dua jenis penyakit ini.

Dalam satu kajian oleh National Cancer Institute (NCI) dan Children Oncology Group, penyelidik-penyelidik yang medan magnetik secara terus di dalam rumah. Kajian mendapati kanak-kanak dalam rumah yang terdedah dengan medan magnet tinggi tidak berisiko kepada leukemia limfoblas tirus. Kecuali ia berkemungkina kanak-kanak itu telah lama terdedah kepada medan magnet yang lebih besar daripada 0.4 microtesla (µT), satu tahap yang tinggi sangat yang berlaku dalam rumah. Satu lagi kajian menjalankan oleh penyelidik-penyelidik NCI dilaporkan kanak-kanak itu terdedah kepada talian kuasa atas berdasarkan jarak yang berisiko leukimia lebih besar.

Beberapa kajian telah menyiasat hubungan ini medan magnet adalah daripada peralatan elektrik di rumah. Walaupun medan magnet berhampiran peralatan elektrik adalah lebih tinggi daripada berhampiran pencawang elektrik, ianya kurang menyumbang kepada pendedahan medan magneti itu sendiri. Ini kerana kebanyakan perkakasan yang digunakan hanya untuk jangka pendek dan adalah tidak digunakan hampir kepada badan, manakala pencawang elektrik sentiasa memancarkan medan – medan magnet.

Dalam satu penilaian terperinci, penyiasat-penyiasat daripada NCI dan Children Oncology Group memeriksa samada penggunaan peralatan elektrik isi rumah oleh ibu sedang hamil samada bertambah risiko terkena penyakit leukemia pada zaman kanak-kanak itu. Walaupun beberapa peralatan telah dikaitkan dengan leukemia penyelidik-penyelidik tidak menemui sebarang bentuk selari risiko bertambah dengan tahun penggunaanya bertambah atau betapa kerapnya alat itu telah digunakan Beberapa kajian lain pernah melaporkan kebanyakannya tidak konsisten atau tidak hubungan antara alat-alat dan risiko kanser pada zaman kanak-kanak.

Pendedahan pekerjaan ibu-ibu untuk tahap tinggi medan magnet semasa kehamilan telah dikaitkan dengan leukemia pada zaman kanak-kanak dalam satu kajian kepada sesetengah orang di Kanada. Kajian serupa hendaklah dibuat dalam populasi lain untuk melihat kebenaran kes ini.

Rujukan
EMF
National Cancer Institute-NCI
Word Health Organization
National Institute Of Environment
Health Sciences – National Institute Of Health

NIOSH

Advertisements

One thought on “BAHAYA RUMAH BERHAMPIRAN PENCAWANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI?

  1. Assalamualaikum…

    Saya memerlukan maklumat tambahan dan lanjut berkaitan bahaya ini ..dimana sy boleh dapatkannya ? kerana untuk makluman rumah saya memang hampir dengan menara/pencawang elektrik voltan tinggi ini dan apa yg amat mengejutkan hasil aduan yg saya buat ke suruhanjaya tenaga bulan lepas yg datang sendiri membuat ukuran , TNB selama lebih /hampir 20 tahun membiarkan saya sekeluarga dalam keaadaan tidak selamat /bahaya kerana jarak antara menara yang dibina dengan rumah adalah kurang dari 17 meter berbanding jarak yang TNB sendiri syorkan 20 meter… TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s