Bekalan Kuasa – Power Supply


Litar Bekalan Kuasa

Litar Bekalan Kuasa

Senarai komponen :

1 unit Transformer = 240V kepada 12V (step down)
4 Diode = IN4001 / IN 4002 / IN 4007
Kapasitor C1 = 4700uF, 25V
C2 = 4.7uF, 25V
IC Regulator:
7806 untuk output 6v
7809 untuk output 9V
7812 untuk output 12V.

Bekalan kuasa (power supply) merupakan satu komponen yang amat penting bagi memberi bekalan kuasa kepada litar-litar elektronik. Output bekalan kuasa bergantung kepada ic regulator. Sekiranya voltan pengubah/transformer 12V tetapi litar yang menggunakan bekalan masukan ialah 9V maka anda perlu menggunakan ic 7809 bagi mengeluarkan 9V pada output. Rektifier yang paling sesuai ialah jenis bridge. Rektifier menukarkan arus ulang alik ( a.c ) kepada arus terus ( d.c ). Penapis/ kapasitor digunakan untuk menstabilkan voltan. Regulator merupakan komponen yang akan convert voltan kepada voltan yang lebih rendah dari voltan masukan.

REKTIFIER

Dikenali sebagai diode yang berperanan menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC). Ia juga mempunyai empat komponen kecil diode dan ia juga mengalirkan arus dengan satu hala. Untuk mengenalinya dengan melihat ciri-ciri saperti jalur dan garisan tanda (-) Cathode dan (+) Anode.

REKTIFIER GELOMBANG SEPARUH

Syarat untuk menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) memerlukan sebuah diod sahaja. Pada rajah di bawah digambarkan bagaimana kuasa yang terletak di bahagian bawah 0 volt telah terpotong oleh diod kerana punca positifnya (anode) telah menjadi lebih negetif daripada punca negetif (cathode) bila kuasa berubah kepada lebih rendah kepada 0 volt.

REKTIFIER GELOMBANG PENUH

Rektifier yang menggunakan satu diod akan menghasilkan voltage yang dinamakan arus terus berubah (fluctuating DC). Keadaan voltage yang tersebut dinamakan “fluctuating”, kerana voltage tidak berubah di mana-mana tahap tetapi ia berubah diantara 0 volt dan puncak voltage. Rajah di bawah menggambarkan bagaimana diod menghapuskan kuasa voltage negetif, ini bermakna litar berkenaan yang telah melenyapkan separuh daripada kuasa yang boleh digunakan.

Satu cara yang baik untuk menggunakan semua kuasa yang ada dengan menghalakan voltage yang akan lenyap tadi ke bahagian atas gelombang.

JENIS-JENIS BEKALAN KUASA

Terdapat dua jenis bekalan kuasa:

1. Jenis “Linear”

2. Jenis “Switching”

JENIS LINEAR

Jenis bekalan kuasa yang senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya dan mempunyai litar yang mudah. Asas-asas yang bekalan ini mengandungi transformer, satu rectifier dan beberapa kapisitor sebagai penapis/filter untuk tujuan meratakan dan menyelaraskan gelombang kuasa.

Cara-cara berfungsi:

· Kuasa daripada soket 13 A (240 volt arus ulang-alik AC) dimasukkan di dalam satu transformer yang besar.

· Kuasa kemudian diselaraskan (rectify) dan ditapis untuk menghasilkan output arus terus yang licin pada voltage yang paling sesuai untuk kegunaan sesuatu litar.

· Kuasa terus yang telah dilicinkan akan dihantar melalui sebuah “regulator” yang akan meyempurnakan keperluan sesuatu litar yang menyekat voltage/arus yang dibekalkan hanyut ketempat lain.

· Arus yang berlebihan dari sumber kuasa biasanya akan ditukarkan menjadi haba dan hilang begitu sahaja.

Kebaikan jenis linear ini dari segi mudah dan tahan lama, walaubagaimana pun kuasa jenis ini bukanlah yang terbaik dan efisen.

Jenis “Switching

Bekalan jenis ini kebiasaanya tidak membazirkan arus dan juga tidak menggunakan transfomer yang besar dan sebagai gantinya ia menggunakan transformer kecil yang merubah dan tidak menghilangkan haba. Ianya juga mempunyai litar pengesan yang boleh mengawasi voltage output. Bila voltage naik dan turun kerana keperluan bekalan kuasa berubah, litar pengesan ini boleh mengetahui.

Advertisements

13 thoughts on “Bekalan Kuasa – Power Supply

  1. kenapa bekalan kuasa hydro dari bakun sarawak nak d supply ke semanjung sana…. bukankah banyak penjana elektrik dekat citu.. kami orang sarawak lagi banyak tidak dapat keperluan elektrik sekarang ni tau.. semua bekalan yamg ada di sarawak nak di import ke sana… anda pikir2 kan la keyh..

  2. salam..thanks 2 d person who create dis blog..well i’m taking electrical n electronis engineering n next week i’ll be sitting 4 d dat subject..i wanna thanks u coz u’ve made my study become easier i bet i’ve ready 4 take d xm..

  3. salam…
    boleh tak bgtau camne nk idupkan LED yg guna 3 bateri AA 1.5V m’gunakan bateri 12V? tlg bgtau caranya dgn details sbb klau kita sambung terus LED akan terbakar sbb arus yg tggi…terima kasih..tlg email penyelesaiannya ke hedgehog_tiger@yahoo.com..thanx a lots…

  4. salam… bagus r bro… tp kalau kau taruk dwibahasa lagi terbaikk ni bro…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s