Alat Penggera Motosikal – Jimat Belanja!


Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kawan – kawan kita kedengaran hilang motosikal. Ada yang hilang pada siang hari di dalam pagar rumah dan hilang di parking lot motosikal yang ada pak guard. Pelik kan? Adakah kemungkinan pemilik lalai atau saja – saja lupa tentang dari segi keselamatan dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kejadian curi ini dari terus berlaku lagi.
Di sini saya sertakan litar untuk alat penggera motosikal yang boleh diDIY di mana belanja hanya RM 5 sahaja. Fungsi alat ini ialah apabila si pencuri mengopak dan ON suis-kunci utama dengan screw driver @ special tools, alarm akan diaktifkan oleh horn motosikal dan berbunyi (jika suis SPDT -ON). Walaupun si pencuri OFF kan semula sius kunci utama itu, horn masih lagi berbunyi. Alarm di OFF kan apabila suis SPDT – OFF. Jadi alat ini tujuannya sebenar hanya sekadar untuk menarik tumpuan orang ramai jika sekiranya ada orang lain ingin menceroboh motosikal hak milik anda. Jika horn anda dah kaput (rosak), pasang alarm ini hanya sia-sia sahaja.Harus diambil ingatan ye!

RM5Alarm

Komponen:-

* Suis SPDT- 1pc
* RELAY 12V, 5A. SPDT

Upgrade diagram

Upgrade diagram

Sumber Dipetik Dari: malaysianbikers.com.my

Klik disini untuk lagi DIY litar alarm

Advertisements

2 thoughts on “Alat Penggera Motosikal – Jimat Belanja!

  1. salam… nak tanyer cikit saya paham ttg pendawaian diatas cuma tak paham tang relay ada 5 terminal (kaki) adakah perlu di sambung bagi terminal yang tengah tu dengan salah satu terminal di atasnyer atau hanya perlu buat pendawaian dari hon ker relay dan dari suis ker relay..
    lagi satu yang grounding tu nak letak kat kebel mana?

  2. Mcam ni…pada terminal/kaki relay ada tercatat no. 85 & 86, – itu coil +ve & -ve. Dari suis SPDT anda buat pendawaian ke 85 dan 86 join/looping – sambung terus dengan terminal 87(normally open) di mana sambungan ke ground (-ve) bateri. Dan sambungan dari horn -ve (hitam) masuk ke common – n0.30. Ini bermakna apabila Suis Spdt ON, coil 85 dan 86 mendapat bekalan akan terhasil elektromagnet dan terminal 30 dan 87a (normally close) akan bertukar ke 30 dan 87( normally open) dan horn akan mendapat punca bekalan -ve dan berbunyi sehingga suis Spdt di OFF kan. Rujuk website ini the12volt.com jika masih tidak jelas dengan keterangan yang diberikan.TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s