Bukti Baru Menyatakan Talian Kuasa Elektrik Voltan Tinggi Sebabkan Kanser


emf

Bukti baru betapa talian kuasa elektrik voltan tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.

Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.

David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.

Kaji selidik beliau telah disokong oleh Dr Alan Preece di Sekolah Perubatan Bristol di mana kajian di Barat negara itu telah menunjukkan betapa penduduk yang tinggal 500 meter di bawah tiupan angin talian kuasa mempunyai 29 peratus peluang mengidap penyakit kanser paru-paru. Penemuan ini mengesahkan bagaimana kawasan habuk yang ‘melekit’ dari ekzos kereta dibawa arah angin dari talian kuasa itu.

Kedua lelaki terpelajar itu percaya yang pembinaan rumah baru berhampiran talian kuasa atau membenarkan pembinaan talian kuasa elektrik baru berhampiran rumah wajar dihentikan sehinggalah kajian mereka disiasat. Larangan sebegitu telah pun wujud di AS dan Sweden. (bagaimana dengan di Malaysia??- Penterjemah) Saintis itu telah pun mendapat sokongan dari William Hague, ketua parti Tory. Northallerton, dalam kawasan Parlimennya telah mengidap kanser yang tidak dapat diterangkan dan tinggal berhampiran talian kuasa.

Kajian bagi mencari hubungan antara talian kuasa dan kanser telah berjalan selama 20 tahun, tetapi saintis telah mengkaji penyebab yang lain- kesan medan elektromagnet yang dihasilkan oleh talian itu.

Apa yang pasukan Prof Henshaw temui bukanlah kesan langsung ke atas badan tetapi kesan mekanikal tidak langsung yang menyebabkan pengumpulan bahan cemar dalam paru-paru.

Pengukuran yang diambil di UK dan Eropah menunjukkan semua talian kuasa dikelilingi oleh korona ion yang bercaj. Semakin lama dan kasar talian itu, semakin besar korona tersebut. Ion dari korona itu dibawa aliran angin mengikut angin, melekatkan diri mereka kepada 15,000 butiran debu bagi setiap satu meter kubik pencemaran yang terapung di udara. .

Ion itu menyebabkan debu memperolehi caj elektrik dan menyebabkan mereka melekit ke permukaan. Apabila mereka masuk ke kapilari darah dalam paru-paru ianya tertarik ke permuakaan dan melekat.

Prof Henshaw berkata: “ini tidak akan berlaku sekiranya talian itu dibumikan (ditanam). Kita memiliki teknologi itu cuma harganya begitu tinggi.”

Dr Preece seorang Epidemiologis di jabatan onkologi (barah) Bristol akan memberitahu dalam rancangan Radio 4 hari ini yang ia melihat kejadian kanser di seluruh Barat Daya England bagi menghakimi risiko relatif bagi mereka yang tinggal dalam jarak 400 meter dari talian kuasa.

“Kami menjumpai berlebihan angka mereka yang mengidap barah paru-paru dalam kumpulan itu yang tinggal sekitar 400 meter dari rtalian kuasa ketika diagnosis dibuat.” Beliau berkata elemen yang paling mengejutkan ialah kanser itu hanya berlaku di kawasan bawah angin dari talian (downwind).

Dr Preece enggan membincangkan penemuannya itu secara mendalam sehingga ianya diteliti oleh saintis lain tetapi laporan yang dibuat kepada ‘Bioelectromagnetics Society’ di Munich awal tahun ini berkata angka itu 29 %- dan ianya telah pun mengambil-kira kesan merokok.

Hague berkata dalam konstituensinya ia mempunyai lapan kes leukemia kanak-kanak, kanser hati dan lain penyakit berhampiran talian kuasa. Selepas berjumpa Prof Henshaw, beliau berkata: “berkaitan dengan pembinaan talian baru, Grid Nasional wajar menyelidik bukti baru sebelum meneruskan juga projek itu.”

Dr John Swanson, penasihat Saintifik kepada Grid Nasional dan penasihat tentang elektrik dan medan magnetik kepada Persatuan Elektrisiti berkata ia menerima bukti yang dibawa Prof Henshaw yang menunjukkan talian kuasa memberi kesan ke atas debu yang dibawa angin. “Saya tidak percaya yang ia telah menunjukkan bahan itu mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

“Kita tidak pernah mengatakan secara kategorinya yang talian kuasa selamat, itu bukanlah suatu yang jujur. Apa yang kita katakan ialah apabila anda melihat kajian secara menyeluruh anda akan membuat konklusi yang keseimbangan bukti yang talian kuasa tidak mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

Artikel Berkaitan : Bahaya Rumah Berhampiran Pencawang Elektrik Voltan Tinggi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s