Alat Penjimat Elektrik – Bagaimana ia berfungsi?


Bila kita bercerita pasal bil elektrik rumah, tentu setiap orang akan mengeluh dan merungut kenapalah bil elektrik rumah tidak turun-turun. Langkah penjimatan sudah dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa. Bagi yang bil elektrik rumah yang tinggi mungkin terdetik dihati, kalau bil elektrik bulan depan rendah lagi bagus kan, dapatlah jimat dan bolehlah lebihan duit bayaran bil yang biasa dibuat digunakan untuk bayaran bil-bil lain seperti astro ke, air ke, telefon ke apa-apa sajalah.

Bagi tujuan untuk penjimatan ini maka terciptalah alat yang berfungsi sebagaimana penjimat elektrik yang biasa kita lihat ada di jual di pasaraya besar atau pun di beli secara online di internet. Adakah ianya berfungsi sebagai penjimat elektrik dan bagaimana ia berfungsi? Di sini saya ingin membincangkan konsep ataupun teori yang digunakan dalam pembikinan alat penjimatan elektrik ini.

APA ITU FAKTOR KUASA?

Faktor kuasa adalah satu angka atau peratus yang menggambarkan kecekapan sesuatu alat elektrik menggunakan kuasa elektrik. Kuasa masukan kepada sesuatu alat atau mesin elektrik tidak seratus peratus boleh diperolehi pada bahagian keluaran alat atau mesin tersebut. Sebahagian dari kuasa masukan tersebut akan digunakan atau hilang didalam alat atau mesin. Oleh itu kuasa keluaran mestilah kurang dari kuasa masukan dan ia digambarkan dengan angka 0 hingga 1.

Faktor kuasa maksima ialah 1. Ini bermakna 100% kuasa masukan boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. Alat-alat yang bersifat resistive tanpa apa-apa gelung didalamnya seperti mentol filamen, pemanas air, stereka elektrik selalunya mempunyai faktor kuasa 1.

Alat-alat yang mengandungi gelung iaitu bersifat induktif seperti cok, ballast, motor elektrik, alternator dan alatubah mempunyai faktor kuasa kurang dari satu. Ini disebabkan gelung memerlukan kuasa untuk mewujudkan medan magnet sebelum alat-alat tadi dapat berfungsi.

Faktor kuasa yang boleh diterima pakai oleh semua pihak iaitu pembekal kuasa dan pengguna serta pembuat barangan elektrik ialah tidak kurang dari 0.85.

JENIS – JENIS BEBAN

a. Beban Resistive

Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulen didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, stereka elektrik dsb.

b. Beban Induktif

Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai Magnetizing power.

JENIS-JENIS KUASA

Jenis-jenis kuasa adalah seperti berikut:

a. Kuasa Sebenar

Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (kW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power).

b. Kuasa Ketara

Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil darab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam kVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran.

c. Kuasa Reaktif

Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan atau Useless power. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam kVAr.

Hubungkait diantara ketiga-tiga kuasa tersebut adalah secara vector seperti yang digambarkan dibawah:

BEBAN-BEBAN PENYEBAB FAKTOR KUASA RENDAH

a. Motor aruhan – terlebih saiz, beban rendah, putaran perlahan (4, 6, 8 kutub), motor lama dengan ruang udara besar (air gap)
b. Lampu discharge
c. Choke
d. Ballast
e. Gelong
f. Mesen pengimpal (welding set)
g. Alatubah
h. Rectifier
i. Thyristor drive / DC drive

KEBURUKAN FAKTOR KUASA RENDAH

1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85
2. Arus menjadi lebih tinggi
3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel
4. Susut voltan yang ketara kepada kabel
5. Susut nilai kuasa (kVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah
6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah
7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah
8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi
9. Merugikan pihak berkuasa bekalan (TNB)

PEMBETULAN FAKTOR KUASA

Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.

Cara yang paling mudah, murah dan praktikal ialah dengan pemasangan kapasitor bank. Kapasitor mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan gelung. Gelung mempunyai ciri-ciri mengekor (lagging) manakala kapasitor mempunyai ciri-ciri mendahului (leading).

Cara lain ialah dengan menggunakan motor segerak (synchronous motor), tetapi cara ini melibatkan kos yang tinggi dan senggaraan yang tinggi juga sebab banyak bahagian mekanikal yang berputar. Motor segerak hanya sesuai digunakan jika ia digunakan sebagai pengerak proses pengilangan dan sebagainya, dan dalam masa yang sama ia berfungsi untuk memperbaiki faktor kuasa.

Harga kapasitor bank tidaklah begitu tinggi berbanding dengan motor segerak dan ia adalah static dan tiada bahagian mekanikal yang berputar. Kos senggaraannya tersangat rendah dan mempunyai kecekapan yang tinggi. Kaedah ini digunakan di stesen janakuasa, pengubah dan juga pencawang -substation.

Kaedah inilah yang digunakan oleh pembuat alat penjimat elektrik di rumah, rumah kedai dan kilang untuk pepasangan domestik dan industri dengan hanya menggunakan kapasitor (high voltage capacitor). Fungsi kapasitor adalah untuk meninggikan faktor kuasa. Secara teorinya apabila faktor kuasa tinggi maka ia akan merendahkan arus begitulah sebaliknya. Komponen ini juga kita lihat dalam set lampu pendaflour dan kipas (tingkat daya kilas dan simpan cas) di rumah kita.

Untuk pengetahuan pelawat blog, saya telah membuat DIY alat penjimat elektrik ini dan telah di pasang pada sebuah cafeteria. Ternyata ia memberi penjimatan yang berkesan pada bil elektrik pada bulan Oktober ini dan tunggulah bukti – bukti yang akan sertakan nanti!

Advertisements

13 thoughts on “Alat Penjimat Elektrik – Bagaimana ia berfungsi?

  1. Bagaimana kalau saya ingin membuat sendiri barangan penjimatan ini.Boleh saudara terangkan apakah alatatan yang perlu disediakan untuk membuat peralatan ini bersesuaian dengan bekalan TNB yang diberikan kepada kita..terima kasih

  2. Untuk makluman tuan, alat penjimatan ini masih lagi dalam ujikaji & saya masih lagi membuat research bagaimanakah hubungkait bil elektrik rumah yang telah digunakan dengan nilai capacitor yang hendak digunakan di dalam alat ini. InsyaAllah nanti saya akan terangkan peralatan untuk membuatnya setelah saya mendapat perkiraan yang betul. TQ!

  3. untuk makluman, saya tengah buat kajian dan perkiraan bil elektrik dengan nilai kapasitor yang di gunakan. Setakat ini ada pengurangan dari segi bil tetapi tidak begitu besar hanya 10% sahaja.

  4. Saya pernah tengok DIY satu plug pasang 4 kapasitor 4mf. Lepas tu pasang kat satu outlet. Owner rumah claim bukak aircond all night tapi bill minimum. Owner ada lah technician di sebuah kilang yang guna cara sama untuk reduce bill elektrik kat kilang tersebut. Komen Please…

  5. Konsep yang sama dilakukan seperti alat penjimatan elektrik di rumah…alat ini sebenarnya boleh DIY tapi kena tahu nilai cpacitor yag hendak digunakan bergantung kepada jumlah beban yang digunakan…

  6. Salam

    High Voltage Capacitor yang dinyatakan tersebut adakah sama dengan jenis capacitor yang digunakan dalam kipas.

    TK

  7. SALAM,
    MACAMANA NAK KIRA NILAI BEBAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM RUMAH KITA SEBAB BEBAN YANG DIGUNAKAN TIDAK SERENTAK.
    BOLEH TAK KALAU SEMUA LAMPU PENDAFLOUR KITA PASANG KAPASITOR DAN BERAPA NILAI KAPASITOR TERSEBUT?

  8. as salam
    boleh saya tahu, berapa jumlah kapasistor yang diperlukan untuk setiap penggunaan dan unit. apa yang saya tahu setiap kapasisitor ada nilai tersendiri, nilai bacaan kapasistor yang manakah yang sesuai bagi kegunaan dirumah. Contoh dirumah saya hanya menggunakan mesin basuh, televisyen, komputer, kipas angin hampir 16 jam sehari dan lampu kalimantang. Adakah setiap unit atau keperluan peralatan ini memerlukan kapasistor atau hanya kotak pengagihan kuasa elektrik sahaja, boleh tolong jelaskn

  9. kebanyakkan komponen yg slalu digunakkan untuk mencuri bekalan elektrik…iaitu contactor…
    kenapa??dan apakah yang menyebabkan ia boleh berfungsi sedemikian…???

    cuba anda terangkan kepada saya….adakah komponen yang disebutkan td boleh menyebabkan kecurian bekalan elektrik?atau ade komponen lain selain contactor..???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s