Bil Elektrik RM 20? Kenapa tidak RM 50…


Saya tertarik kepada isu ini apabila kerajaan mengecualikan pembayaran bil elektrik RM20 dari tahun lepas hingga ke Disember 2010. Kalau difikirkan semula bil sebanyak itu bagi pengguna elektrik yang betul2 buat penjimatan pun sudah melebihi RM20. Pengalaman yang kelakar apabila jiran saya cuba untuk mencapai bil RM 20 ini ( ye la kononnya x nak bayar bil – bil free), dia mengurangkan membuka lampu pada waktu malam, hanya 1-2 lampu sahaja, ada ketika rumah dia bergelap dan kurang tengok TV, kurang gosok baju pakai stereka, dan penjimatan yang lain selama 1 bulan. Bila datang bil bulan depan, tgk2 bil. RM 27.00 lebih. Bagi orang kampung yang duduk di kawasan pendalaman penggunaan bil elektrik sebanyak ini mungkin sesuai dan di beri pengecualian, tetapi bagaimana dengan golongan yang sederhana, macam pekerja kilang, pencuci pejabat, penjual goreng pisang & seangkatan dengannya adakah perlu ditingkatkan pengecualian dari RM 20 ke RM 50? Ini hanya pandangan sahaja ye..

Pengecualian Pembayaran Bil Elektrik RM20 Kekal Hingga Disember Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melanjutkan pengecualian pembayaran bil elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah kepada pengguna domestik sehingga Disember tahun depan. Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kerajaan bersetuju melanjutkan program pengecualian berkenaan kerana mengambil kira kedudukan ekonomi negara yang masih belum pulih serta prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Pemberian pengecualian bil elektrik RM20 dan ke bawah diberikan kepada pelanggan kategori domestik berasaskan kepada tuntutan sebenar bagi sesuatu bulan berkenaan itu,” katanya dalam satu kenyataan media Khamis. Menurut beliau, secara purata seramai 1.05 juta pelanggan kategori domestik telah menikmati manfaat pengecualian ini setiap bulan sejak program itu diperkenalkan pada Oktober tahun lepas semasa pembentangan Bajet 2009 dan pada asalnya tamat pada Disember tahun ini.

“Jika diandaikan setiap isi rumah dalam suatu keluarga itu terdiri dua hingga lima orang, manfaatnya ini adalah dinikmati oleh lebih ramai orang,” katanya.
Sementara itu, Chin berkata kerajaan menanggung purata kos sebanyak RM11.95 juta setiap bulan untuk menampung kos pengecualian pembayaran bil elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak program ini diperkenalkan.

Katanya sehingga September tahun ini, sebanyak RM143.4 juta telah dibayar oleh kerajaan untuk menampung kos pengecualian pembayaran bil elektrik kepada pengguna-pengguna domestik yang layak. “Dijangkakan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi meneruskan pengecualian ini bermula Januari hingga Disember 2010 ialah sebanyak RM143 juta,” katanya. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini telah mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum mengemukakannya kepada Kabinet untuk diluluskan.

Advertisements

One thought on “Bil Elektrik RM 20? Kenapa tidak RM 50…

  1. saya berjaya guna elektrik kurang rm20 sebulan, sejak kempen nie hanya 5 kali gagal tu pun tak lebih rm40 sebab ada tetamu datang rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s