Cerita Di Kedai Kopi


Siapakah yang rumahnya bil elektrik bawah RM20?

Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?

“Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma,” jelas si A memulakan bicara.

“Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu,” kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.

“Siapa? tanya si A.

“Mereka ialah pendatang asing,” jawab B.

“Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin,” si A inginkan penjelasan.

“Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.

“Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu,” hujah si B.

“Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak,” kata A.

“Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la,” kata si A.

“Hehehehe…” Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.

Terfikir juga kita kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.

Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.

Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.

Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik. Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?

Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.

Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B. Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya.

Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah…terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.

Sila baca Bil Elektrik RM 20? Kenapa Tidak RM 50…

Advertisements

3 thoughts on “Cerita Di Kedai Kopi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s