Terapi Menggunakan Elektrostatik?


Hari ini terdapat banyak alat terapi elektrik di pasaran yang mengunakan konsep elektrostatik untuk merawat penyakit. Adakah kita tahu bagaimana alat ini berfungsi dan apakah peranannya dalam dunia perubatan moden. Di sini saya sertakan maklumat yang boleh membantu kita dalam memahami alat terapi elektrik ini.

Terapi Elektrostatik

Terapi elektrostatik merupakan terapi yang menggunakan cas-cas eletrik sebagai rawatan. Rawatan ini telah terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya.

Rawatan ini juga telah terbukti dapat membawa kebaikan kepada pengguna. Mungkin anda masih baru lagi atau kurang faham mengenainya dan hari ini saya akan mengupas kaedah rawatan alternatif dan kelebihan-kelebihannya supaya anda dapat mengenali kaedah ini dengan lebih mendalam.

Alat terapi elektrostatik yang diperakui antarabangsa mampu membantu merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak di dalam salur darah. Rawatan terapi elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Salur darah yang tersumbat ini sebenarnya menjadi punca ke atas penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan bermacam lagi. Oleh yang demikian, kaedah rawatan alternatif menggunakan elektrostatik terapi adalah amat sesuai sekali.

Kaedah ini dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, strok, gout, batu karang, asma, lemah syahwat, senggugut, haid tidak teratur, penuaan, lemah-lemah sendi dan lain-lain.

Kaedah ini pada dasarnya dapat menjimatkan kos dalam perubatan. Bukan itu sahaja, malah fungsi yang terdapat pada mesin terapi ini dapat digunakan oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Terapi yang menggunakan 9000 volt elektrik statik dan sesuai untuk mengubati penyakit kronik menggunakan getaran elektrik berskala 60 kali sesaat. Ianya bukan sahaja memecahkan lemak bahkan melancarkan peredaran darah.

Advertisements

One thought on “Terapi Menggunakan Elektrostatik?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s