Bahaya Renjatan Elektrik – Adakah Kita Sedar?

SHAH ALAM 20 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebatang tiang lampu yang terletak di sebuah taman permainan, Taman Batu 3 di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 6.50 petang ketika mangsa, Naquidin Mohd. Marzuki sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan rumahnya bersama rakan-rakan. – Utusan

Assalammualaikum dan salam sejahtera…dewasa ini banyak berlaku tentang kes renjatan elektrik terpampang di dada akhbar. Saban hari kita baca macam-macam kes berlaku, hari ini kita baca kes orang lain tetapi suatu masa nanti ada kebarangkalian kes ini berlaku kepada diri kita sendiri? Kita tidak boleh menjangkakannya bukan?

Adakah kita semua sedar atau paham tentang bahaya renjatan elektrik ini? Tidak kiralah yang kecil atau besar, remaja atau dewasa, muda atau tua ianya perlu diterangkan mengenainya. Sejauhmana usaha pihak yang berwajib membuat sesuatu untuk memberi kesedaran pada masyarakat? Perlukah ini semua? Sama-sama kita fikrikan…

Power Inverter

Apa itu Power Inverter?
Power Inverter adalah sejenis alat elektronik yang menukarkan 12VDC to AC (230V), biasanya dalam unit Watt iaitu 100W-1000W.

Mungkin dikalangan kita hari ini masih lagi tidak mengetahui apa kegunaan Power Inverter ini. Kegunaanya ialah untuk alat-alat elektronik seprti laptop, radio, camera, handpone dan alat- alat elektronik yang lain. Biasanya ketika kita dalam perjalanan/travel, kita ada menggunakan laptop dalam masa yang sama bateri laptop weak pasti kita akan mencari power supply di R& R bukan? Tetapi dengan Power Inverter ini, ia bertindak sebagai power backup dan kita boleh mengecas bateri laptop kita bila-bila masa dimana jua. Kita cuma standy @ mengecas dengan menggunakan power 12VDc yang diambil melalui plug pada pencucuh rokok dalam kereta kita. Oleh ini disini dapat disimpulkan bahawa Power Inverter ini banyak kebaikannya, antaranya ialah :-

1. Mudah alih – portable
2. Murah -bergantung pada keluaran WATT
3. Mudah dikendalikan
4. Pemudah untuk green energy
5. Memudahkan pengawalan kuasa elektrik

Power Inverter 1

Power Inverter

Litar Elektronik Power Inverter

Cerita Di Kedai Kopi

Siapakah yang rumahnya bil elektrik bawah RM20?

Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?

“Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma,” jelas si A memulakan bicara.

“Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu,” kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.

“Siapa? tanya si A.

Teruskan membaca

Kenali Empangan Hidroelektrik Kenyir : Stesen Janakuasa Sultan Mahmud

Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Teruskan membaca

Bil Elektrik RM 20? Kenapa tidak RM 50…

Saya tertarik kepada isu ini apabila kerajaan mengecualikan pembayaran bil elektrik RM20 dari tahun lepas hingga ke Disember 2010. Kalau difikirkan semula bil sebanyak itu bagi pengguna elektrik yang betul2 buat penjimatan pun sudah melebihi RM20. Pengalaman yang kelakar apabila jiran saya cuba untuk mencapai bil RM 20 ini ( ye la kononnya x nak bayar bil – bil free), dia mengurangkan membuka lampu pada waktu malam, hanya 1-2 lampu sahaja, ada ketika rumah dia bergelap dan kurang tengok TV, kurang gosok baju pakai stereka, dan penjimatan yang lain selama 1 bulan. Bila datang bil bulan depan, tgk2 bil. RM 27.00 lebih. Bagi orang kampung yang duduk di kawasan pendalaman penggunaan bil elektrik sebanyak ini mungkin sesuai dan di beri pengecualian, tetapi bagaimana dengan golongan yang sederhana, macam pekerja kilang, pencuci pejabat, penjual goreng pisang & seangkatan dengannya adakah perlu ditingkatkan pengecualian dari RM 20 ke RM 50? Ini hanya pandangan sahaja ye..

Teruskan membaca

Ipoh Ke Seremban – 3 Jam?

SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Teruskan membaca

Rangkaian Jalur Lebar Menggunakan Wayar Elektrik – Broadband Over Powerline

slowinternet

SEMENJAK pengumuman Bajet 2010 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, rakyat semakin terdedah dengan persaingan sengit para penyedia kemudahan perkhidmatan Internet broadband. Kadang kala saya sekeluarga tergelak besar melihatkan pendekatan iklan mereka yang mencuit hati.

Saya baru sahaja meneliti laporan yang dikeluarkan oleh beberapa badan penyelidikan tersohor dunia berkenaan kesan daripada kemudahan Internet broadband terhadap sesebuah negara. Perincian kajian jelas membuktikan perkhidmatan Internet broadband ataupun jalur lebar ini nyata ada impak positif yang signifikan terhadap perkembangan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Teruskan membaca