Pencemaran Elektromagnet – Pencemaran Baru Yang Tidak Kita Sedari

MANUSIA dan telefon bimbit tidak dapat dipisahkan. Sekurang-kurangnya mereka yang mampu pasti memiliki seunit gajet tersebut.

Mereka memerlukan telefon bimbit untuk pelbagai kegunaan, khususnya untuk berkomunikasi. Tambahan pula dengan teknologinya yang berkembang pantas, menjadikan ia alat perhubungan utama ketika ini.

Bukan setakat berbual, malah melalui telefon bimbit kita boleh berkongsi gambar dan video serta aplikasi lain. Sebab itu pengeluar alat selular itu berlumba-lumba menampilkan teknologi terkini dalam produk mereka untuk menarik pembeli.

Kadang-kadang di sebalik segala kebaikan dan kemudahan yang ada timbul pula kesan negatif. Begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit. Di samping kemudahan yang ditawarkan, ia turut dikatakan mempunyai elemen negatif.

Klik di sini untuk artikel yang selebihnya.

Tips Menggunakan Pengecas Handphone

Lebih baik mengecas penuh bateri ketika pertama kali menggunakan handphone dan cabut pengecas bila sudah penuh.

Kebanyakkan pengecas handphone boleh digunakan untuk beberapa jenis handphone. Ia boleh disemak dari spesifikasi pengecas yang ada di bahagian belakang pengecas. Tetapi adalah lebih hal ini dielakkan kerana setiap handphone memiliki jenis handphone dan pengecas tertentu.

Gunakan pengecas asli atau original. Jika pengecas sedia ada sudah rosak, beli yang original. Elakkan beli yang tiruan kerana banyak pengecas yang seperti original tetapi palsu.

Jangan selalu mengecas bateri menggunakan pengecas kereta, ini kerana spesifikasi pengecas kereta dan pengecas biasa berbeza. Arus yang dihasilkan dari kereta dan elektrik PLN sangat berbeza dan output kedua-duanya turut berbeza.

Proses mengecas juga menentukan ketahanan bateri. Jangan overcharging handphone anda. Adalah lebih baik jika anda mempunyai pengecas yang menggunakan timer sensor panas yang akan memutuskan proses mengecas secara automatic apabila sudah penuh.

Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus

KEWUJUDAN sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang ‘wajib’ menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima ‘reminder’ dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini.

Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan ‘perintah’ mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.

Teruskan membaca

Sejarah Tentang Komputer

Apa itu Komputer…?

Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output)

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer

Teruskan membaca

TV Berkesan Tipu Imaginasi Remaja

PENGARUH media memang diketahui umum kerana ia bukan sekadar alat komunikasi atau penyebar maklumat malah sebagai transmisi budaya dan membantu proses sosialisasi masyarakat. Banyak kajian pakar komunikasi dan psikologi membuktikan mesej atau maklumat media sama ada elektronik atau cetak, meninggalkan kesan kepada orang ramai.

Malah, media elektronik dikatakan mampu mempengaruhi kehidupan harian kanak-kanak dan remaja. Keadaan ini lebih serius apabila ditokok tambah dengan pengaruh persekitaran, kekeluargaan dan sifat semula jadi seseorang itu. Pengaruh paling ketara media elektronik ialah melalui video, filem dan TV. Sama ada suka atau sebaliknya, memang ada kesan negatif daripada media elektronik sehingga menyebabkan sesetengah remaja dan kanak-kanak bertindak agresif. Teruskan membaca

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut?

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada di antaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

Teruskan membaca

Alat Penjimat Elektrik – Bagaimana ia berfungsi?

Bila kita bercerita pasal bil elektrik rumah, tentu setiap orang akan mengeluh dan merungut kenapalah bil elektrik rumah tidak turun-turun. Langkah penjimatan sudah dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa. Bagi yang bil elektrik rumah yang tinggi mungkin terdetik dihati, kalau bil elektrik bulan depan rendah lagi bagus kan, dapatlah jimat dan bolehlah lebihan duit bayaran bil yang biasa dibuat digunakan untuk bayaran bil-bil lain seperti astro ke, air ke, telefon ke apa-apa sajalah.

Bagi tujuan untuk penjimatan ini maka terciptalah alat yang berfungsi sebagaimana penjimat elektrik yang biasa kita lihat ada di jual di pasaraya besar atau pun di beli secara online di internet. Adakah ianya berfungsi sebagai penjimat elektrik dan bagaimana ia berfungsi? Di sini saya ingin membincangkan konsep ataupun teori yang digunakan dalam pembikinan alat penjimatan elektrik ini.

Teruskan membaca