Terapi Menggunakan Elektrostatik?

Hari ini terdapat banyak alat terapi elektrik di pasaran yang mengunakan konsep elektrostatik untuk merawat penyakit. Adakah kita tahu bagaimana alat ini berfungsi dan apakah peranannya dalam dunia perubatan moden. Di sini saya sertakan maklumat yang boleh membantu kita dalam memahami alat terapi elektrik ini.

Terapi Elektrostatik

Terapi elektrostatik merupakan terapi yang menggunakan cas-cas eletrik sebagai rawatan. Rawatan ini telah terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya.

Rawatan ini juga telah terbukti dapat membawa kebaikan kepada pengguna. Mungkin anda masih baru lagi atau kurang faham mengenainya dan hari ini saya akan mengupas kaedah rawatan alternatif dan kelebihan-kelebihannya supaya anda dapat mengenali kaedah ini dengan lebih mendalam.

Alat terapi elektrostatik yang diperakui antarabangsa mampu membantu merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak di dalam salur darah. Rawatan terapi elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Teruskan membaca

Advertisements

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

MANDI pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Teruskan membaca

Sejarah Tentang Komputer

Apa itu Komputer…?

Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output)

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer

Teruskan membaca

Info Kesihatan – Kepentingan Ion Negatif Dalam Kehidupan

Suasana segar di awal pagi. Kesegaran ini semakin berkurangan menjelang tengahari. Kesegaran meningkat selepas hujan turun. Kesegaran juga bertambah di pinggir-pinggir hutan, di tebing air terjun atau ditepi sungai yang airnya mengalir deras. Persoalannya bukan tentang suasana yang segar itu, tetapi mengapa ia berlaku. Topik ini akan memwacanakan fenomena ini.

Kesegaran sebenarnya berkait rapat dengan ion negatif. Semakin banyak ion negative, semakin segar suasana. Pada dini hari, embun terbentuk dan embun ini akan hilang dipanah mentari. Ketika tersurainya embun ini ion negatif terbentuk. Dan inilah yang menjadikan suasana pagi segar. Apabila mentari semakin terik, kandungan ion negatif semakin berkurangan sementara ion positif meningkat. Ketika ini, suasana tidak segar lagi kerana ion positif meletihkan kita.

Teruskan membaca

Emas Bukan Sekadar Pengalir Yang Terbaik Tetapi…

Emas Pengalir Yang Terbaik?

Ketika saya mula-mula belajar bidang kejuruteraan elektrik dalam topik penebat & pengalir, mengikut susur jalur pengalir dan emas merupakan pengalir yang terbaik di kalangan pengalir-pengalir diikuti dengan silver dan kuprum. Ini adalah kerana emas adalah sangat mahakl harganya. Selain itu ia emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan persekitaran. Secara kimianya, logam emas ini tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling, jongkong dan barangan kemas.

Teruskan membaca

Gelang Magnet Merosakkan Jantung?

Isu pemakaian gelang magnet di kalangan kaum lelaki kini menjadi perbualan hangat di media massa. Pelbagai spekulasi dibahaskan mengenai pemakaian gelang yang kini boleh diibaratkan sebagai satu trend yang melanda kaum lelaki di Malaysia. Di mana sahaja kita pasti boleh melihat ramai lelaki memakai gelang magnet kerana menganggapnya sebagai terapi kesihatan. Namun sejauh mana kesannya pada kesihatan kita atau akan menyebabkan kesan sampingan lebih-lebih lagi pada organ utama dalam badan kita iaitu jantung.? Sila klik di sini untuk info.

Hukum Ohm – Versi Ramadhan Al Mubarak

ekad01gq6

ohm

Tingkatkanlah voltan (V) keimanan. Biarlah setinggi mana pun ampere (I) godaan yang datang melanda, rintangilah ia dengan ohm (R) kesabaran dan ketakwaan. Ingatlah jangan sesekali mengambil jalan pintas (short circuit) kerana ia akan menyifarkan voltan keimanan. Imbangilah litar kehidupan di dunia dan di akhirat dengan menyelarikan kedua-duanya, V = IXR. Ketahuilah kuasa (P) kekuatan amal terjana dari gandaan voltan keimanan yang tinggi dengan godaan yang di hadapi : P = IXV. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini

Ikhlas Dari :
Meja Penulis