Tukar Plug Top 13A (Palam) Yang Rosak

Plug Top 13A (Palam)

Plug Top 13A (Palam)

Sebelum saya meneruskan sesi DIY menukar plug top 13A ini, marilah kita terlebih dahulu berkenalan dengan alat ini. Ia merupakan alat kelengkapan kepada peralatan elektrik. Biasanya ia digunakan untuk peralatan rumah dan mesti mengikut standard Malaysia iaitu MS 589/A dan British Standard, BS1363/A dan mesti diendors oleh SIRIM. Harga bagi Plug Top 13A ini di pasaran di antara RM 2.50 -Rm 3.50 bergantung kepada kedai yang kita beli.

Ia terdapat dalam 2 jenis. Satu yang tidak boleh di buka, maknanya tiada skru tetapi terdapat soket untuk buka dan tanggalkan fius untuk pengujian jika ada kerosakan. Jenis ini terdapat dalam color hitam atau putih dan biasa digunakan pada punca sambungan bekalan kuasa untuk computer, latop, printer, scanner, cerek elektrik, toaster, microwave dll.

Jenis Yang Tidak Boleh Dibuka

Jenis Yang Tidak Boleh Dibuka

Terdapat soket untuk menanggal dan meletak fius

Terdapat soket untuk menanggal dan meletak fius


Teruskan membaca