Remaja maut kena renjatan elektrik di tempat awam…Salah siapa?

INILAH tiang lampu yang telah meragut nyawa Faizul ketika menyambut ambang tahun baru di Taman KLCC. Gambar kecil kiri : Mangsa Gambar kecil kanan : Bapa mangsa

INILAH tiang lampu yang telah meragut nyawa Faizul ketika menyambut ambang tahun baru di Taman KLCC. Gambar kecil kiri : Mangsa Gambar kecil kanan : Bapa mangsa

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang remaja menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam sambutan tahun baru berakhir dengan dia mati terkena renjatan elektrik di Taman KLCC di Jalan P. Ramlee di sini semalam.
Kejadian pukul 12.04 malam itu berlaku apabila Muhamad Faizul Abdul Basek, 17, dikatakan bersandar pada tiang lampu di taman tersebut dalam keadaaan bajunya basah akibat peluh.
Keadaan tersebut menyebabkan badan mangsa disambar arus elektrik bervoltan tinggi dari tiang lampu itu.
Ketika menceritakan detik kejadian itu, rakan mangsa, Muhammad Syaqir Ameer Muhammat, 17, berkata, sebelum itu dia bersama tiga lagi rakan termasuk mangsa baru empat minit sampai di situ.
Menurutnya, mereka berempat bertolak dari rumah di Taman Fadason, Jinjang Utara pukul 7 malam dengan menaiki bas semata-mata untuk menyaksikan pertunjukan bunga api secara dekat.
“Ketika itu Faizul berada di belakang saya dan dia kata dia hendak menyaksikan bunga api sambil duduk dengan bersandar pada tiang lampu.
“Saya tidak perasan bila dia terkena renjatan elektrik kerana suasana bising dan saya sibuk merakamkan gambar bunga api guna telefon bimbit,” kata Syaqir.