Bahaya Renjatan Elektrik – Adakah Kita Sedar?

SHAH ALAM 20 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebatang tiang lampu yang terletak di sebuah taman permainan, Taman Batu 3 di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 6.50 petang ketika mangsa, Naquidin Mohd. Marzuki sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan rumahnya bersama rakan-rakan. – Utusan

Assalammualaikum dan salam sejahtera…dewasa ini banyak berlaku tentang kes renjatan elektrik terpampang di dada akhbar. Saban hari kita baca macam-macam kes berlaku, hari ini kita baca kes orang lain tetapi suatu masa nanti ada kebarangkalian kes ini berlaku kepada diri kita sendiri? Kita tidak boleh menjangkakannya bukan?

Adakah kita semua sedar atau paham tentang bahaya renjatan elektrik ini? Tidak kiralah yang kecil atau besar, remaja atau dewasa, muda atau tua ianya perlu diterangkan mengenainya. Sejauhmana usaha pihak yang berwajib membuat sesuatu untuk memberi kesedaran pada masyarakat? Perlukah ini semua? Sama-sama kita fikrikan…

Advertisements