BAHAYA RUMAH BERHAMPIRAN PENCAWANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI?

Pencawang elektrik voltan tinggi

Pencawang elektrik voltan tinggi

Rumah adalah tempat kita sekeluarga untuk berteduh,berlindung dari panas dan hujan,berlindung dari segala mara bahaya dan rumahku adalah syurgaku. Tetapi dalam tidak kita sedari rumah kita duduki mendatangkan bahaya kepada kita sekeluarga. Apa tidaknya, rumah yang kita duduki itu selama bertahun-tahun lamanya berhampiran pencawang elektrik voltan tinggi dan talian atas – seperti gambar yang saya sertakan.
Memang kita tidak nafikan, hari ini kebanyakan kawasan-kawasan perumahan didirikan sangat hampir dengan pencawang elektrik voltan tinggi. Saya tidak pasti kenapa perkara ini boleh berlaku, mungkin pemaju sudah tidak tidak ada tanah lain lagi untuk dimajukan atau hanya untuk kepentingan dan keuntungan semata-semata. Kepada pembeli rumah pula, asalkan rumah memenuhi kehendak naluri masing-masing, mampu bayar dan cantik tidak kisahlah rumah itu berhampiran dengan pencawang elektrik voltan tinggi, tanpa memikiri kesan jangka masa panjang.

Jadi di sini saya sertakan kajian yang di buat berkaitan masalah ini dan sila baca artikel di bawah ini.

Apa itu elektrik dan medan magnetik.

Elektrik adalah pergerakan elektron-elektron atau arus menerusi seutas pengalir. Jenis bekalan elektrik yang melalui pencawang elektrik dan ke rumah adalah arus ulang-alik (AU). AU menghasilkan dua jenis medan iaitu medan elektrik dan medan magnet. Medan elektrik dihasilkan oleh voltan, yang mana tekanan akan menolak elektron-elektron melalui pengalir, seperti air melalui sebatang paip. Jika voltan itu meningkat, medan elektrik itu meningkat. Medan magnet terhasil dari aliran arus melalui kabel atau peralatan elektrik dan kekuatan medan magnet meningkat sepertimana arus itu meningkat. Dua medan ini, medan elektrik dan magnetik, atau lebih dikenali sebagai Elektromagnetik Field (EMF).

Teruskan membaca

Advertisements

Alahai Microwave-Oven…

Kebanyakan rumah terdapat alat elektrik ini...

Kebanyakan rumah terdapat alat elektrik ini...

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya…nyit…nyit…nyit dan tinggg…..! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .
Teruskan membaca