Alat Penjimat Elektrik – Bagaimana ia berfungsi?

Bila kita bercerita pasal bil elektrik rumah, tentu setiap orang akan mengeluh dan merungut kenapalah bil elektrik rumah tidak turun-turun. Langkah penjimatan sudah dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa. Bagi yang bil elektrik rumah yang tinggi mungkin terdetik dihati, kalau bil elektrik bulan depan rendah lagi bagus kan, dapatlah jimat dan bolehlah lebihan duit bayaran bil yang biasa dibuat digunakan untuk bayaran bil-bil lain seperti astro ke, air ke, telefon ke apa-apa sajalah.

Bagi tujuan untuk penjimatan ini maka terciptalah alat yang berfungsi sebagaimana penjimat elektrik yang biasa kita lihat ada di jual di pasaraya besar atau pun di beli secara online di internet. Adakah ianya berfungsi sebagai penjimat elektrik dan bagaimana ia berfungsi? Di sini saya ingin membincangkan konsep ataupun teori yang digunakan dalam pembikinan alat penjimatan elektrik ini.

Teruskan membaca

Advertisements

Penghawa Dingin Yang Jimat Tenaga

Penghawa Dingin

Penghawa Dingin

Keadaan cuaca di Malaysia sekarang ini tidak menentu, kadang -kadang hujan dan kadang-kadang panas. Kita termasuklah saya lebih suka pada persekitaran yang dingin untuk melakukan sebarang pekerjaan. Sudah tentulah penghawa dingin diperlukan untuk merendahkan suhu dan menyejukkan persekitaran yang tertutup.

Jadi sebelum kita memiliki penghawa dingin ini apakah kateria-kateria yang perlu diambil kira. Adakah dari segi wangnya? dari segi sejuknya? dari segi persekitarannya? atau pun dari segi jimatnya? Semua kateria ini perlu untuk memastikan agar penghawa dingin yang akan dipasang ini tidak mendatangkan bil elektrik yang tinggi dan pembaziran dari segi kewangan dalam jangka masa yang panjang. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini