Jadikan Dalam Kereta Anda Lebih Cool Dengan Pemalap Lampu

Alat ini berfungsi apabila pintu kereta ditutup, lampu dalam kereta akan beransur malap dan kemudian padam. Ini memudahkan pemandu/penumpang meninjau ke dalam kereta bagi memastikan tiada barangan berharga tertinggal sebelum meninggalkan kereta – sudah tentu pada waktu malam! Seperti kereta-kereta mewah – dengan pemasangan litar ini, kereta akan kelihatan lebih cool!

Litar pendawaian

Litar pendawaian

Voltage Stabilizer – Alat Penjimat Minyak Untuk Kereta Dan Motosikal

Dalam perbincangan yang lalu, saya telah mendapat info mengenai fungsi dan kelebihan voltage stabilizer (VS) pada kereta. Tidak kiralah kereta atau motosikal, baik lori atau bas yang pasti kenderaan ini pasti menggunakan bateri sebagai sumber tenaga.
Jadi saya telah tertarik untuk menggunakan VS pada kereta Wira 1.5 Gli (Sedan) saya di mana saya telah membeli VS yang berjenama S******* ini melalui Online yang berharga RM 130.00 pada awal tahun 2009. Saya dapat merasakan ada perubahan pada sistem elektrik kereta saya di mana lampu luar dan dalam kereta menjadi lebih terang dari biasa, A/Cond lagi sejuk dari biasa walaupun volume hanya pada low dan ONkan compressor A/Cond menjadi ringan ketika kereta bergerak dan terdapat kesan pada penjimatan minyak petrol.
Tetapi setelah beberapa bulan, saya telah mendapat maklumat bahawa VS ini sebenarnya boleh di buat sendiri (DIY) hasil dari sumber google. Saya telah cuba membuatnya dan ternyata hasilnya amat memberangsangkan dengan kos yang murah dari yang saya beli pada awalnya dan fungsinya adalah sama dengan VS yang berjenama di luar sana. Jadi anda di beri 2 pilihan untuk memilikinya samada membelinya atau membuat sendiri. Bagi saya membuatnya sendiri adalah satu kepuasan bagi saya kerana ianya telah berjaya.

Hasil DIY VS Kereta – Version 1

Muat turun Proses DIY Voltage Stabilizer

Kepada pemilik kereta yang berminat untuk memiliki VS ini, anda bolehlah membuatnya sendiri atau terus membuat TEMPAHAN dengan saya melalui :

E-mel : asmawie_03@yahoo.com.sg
Harga : RM 90.00 sahaja termasuk pos laju

Tukar Plug Top 13A (Palam) Yang Rosak

Plug Top 13A (Palam)

Plug Top 13A (Palam)

Sebelum saya meneruskan sesi DIY menukar plug top 13A ini, marilah kita terlebih dahulu berkenalan dengan alat ini. Ia merupakan alat kelengkapan kepada peralatan elektrik. Biasanya ia digunakan untuk peralatan rumah dan mesti mengikut standard Malaysia iaitu MS 589/A dan British Standard, BS1363/A dan mesti diendors oleh SIRIM. Harga bagi Plug Top 13A ini di pasaran di antara RM 2.50 -Rm 3.50 bergantung kepada kedai yang kita beli.

Ia terdapat dalam 2 jenis. Satu yang tidak boleh di buka, maknanya tiada skru tetapi terdapat soket untuk buka dan tanggalkan fius untuk pengujian jika ada kerosakan. Jenis ini terdapat dalam color hitam atau putih dan biasa digunakan pada punca sambungan bekalan kuasa untuk computer, latop, printer, scanner, cerek elektrik, toaster, microwave dll.

Jenis Yang Tidak Boleh Dibuka

Jenis Yang Tidak Boleh Dibuka

Terdapat soket untuk menanggal dan meletak fius

Terdapat soket untuk menanggal dan meletak fius


Teruskan membaca