Asal Perkataan – ELEKTRIK

elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

P/s : Lawak je..

BEZA TIANG ELEKTRIK INDIA DENGAN MALAYSIA

Sila anda tatapi betul-betul gambar yang saya sertakan ini ,bolehkah anda buat perbezaan antara tiang elektrik di India dengan tiang elektrik TNB di Malaysia? Bagaimanakah keadan yang sama ini berlaku di luar rumah anda? Jika anda berada di India, mungkin dalam fikiran anda selamat ke tidak nak lalu ni? Mungkin anda cari jalan altenatif lain kot? Jadi sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal…

Burung gagak pun pikir 2 kali nak landing kt tiang elektrik ni!

Burung gagak pun pikir 2 kali nak landing kt tiang elektrik ni!

Selamat ke?

Selamat ke?

Buat x tau je...

Buat x tau je...

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman ini disediakan sebagai panduan pendawaian kepada semua Pendawai dan Kontraktor Elektrik untuk melaksanakan sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Panduan ini dibuat secara ringkas dan padat bertujuan untuk memudahkan sistem pendawaian elektrik di bangunan-bangunan kediaman dibuat dengan sempurna dan selamat untuk digunakan bagi menepati keperluan asas pendawaian.

Panduan ini juga berguna kepada pemunya bangunan kediaman atau pepasangan pendawaian supaya keperluan pendawaian elektrik yangsempurna dan selamat di kediamannya dapat dikenali.Semoga dengan adanya panduan ini, ianya dapat memastikan semua pendawaian elektrik dapat dibuat berpandukan kepada kaedah dan peraturan keselamatan pendawaian yang betul serta dapat mengelakkan daripada sebarang kemalangan elektrik yang mungkin akan berlaku. Keperluan keselamatan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan apa-apa kemalangan sama ada yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal, kehilangan nyawa atau harta benda.

Untuk penerangan lanjut mengenai panduan ini, klik di sini

Petua Untuk Jimat Elektrik Di Rumah Kediaman Anda

Pastikan Lampu Di Tutup Selepas Digunakan

Pastikan Suis Lampu Di Tutup Selepas Digunakan

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:

1. Penggunaan Elektrik Secara Am

-Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plug).

– Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas).

-Mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.

-Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Teruskan membaca

Branded Vs Non-Branded.. Apa bezanya?

Pelbagai Jenis Jenama Barangan Elektrik Di pasaran. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Pelbagai Jenis Jenama Barangan Elektrik Di pasaran. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak sangat jenis barangan elektrik dan elektronik di pasaran, ada yang Branded dan ada juga yang Non-Branded. Kalau kita pergi pasaraya besar untuk membeli barangan tersebut, kadangkala kita jadi kelabu mata la pulak yang mana satu idaman kalbu maksudnya tidak reti nak pilih coz banyak sangat barang dan ada beza dari segi jenama dan harganya…

So apa kamen anda?

Awasi anak – Terkena kejutan elektrik

earthi10

Akibatnya anak-anak terkena kejutan atau renjatan elektrik sehingga meragut nyawa.

Beberapa kes yang melibatkan kejutan elektrik pernah dirujuk kepada Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hal ini diakui oleh Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Aziz.

Menurut Dr. Azhar, dalam sesetengah kes kejutan elektrik yang menyebabkan kecederaan sehingga meragut nyawa, kanak-kanak dibiarkan memperbaiki barangan elektrik tanpa kawalan.

Mungkin di peringkat awal kerana suka-suka atau menunjuk diri kreatif malangnya elektrik bukannya bahan percubaan kemahiran.

“Voltan yang tinggi boleh menyebabkan renjatan terhadap ritma atau denyutan elektrik di dalam jantung manusia.

“Pertembungan dengan arus elektrik menyebabkannya terganggu dan berlaku kecederaan,” jelasnya.

Teruskan membaca

Apa Perbezaan Kereta Elektrik Dengan Kereta Hybrid dan Hydrofuel

KERETA ELEKTRIK

Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat.

Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.

Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa.

“Apabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal.

“Kuasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus.

Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar.

WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan.

Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan.

Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.

Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan.

Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan.

Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.

Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid.

Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya.

Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan.

Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.

Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai.

KERETA HIBRID
Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak.

“Kita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.

Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi.

Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada?

KERETA HYDROFUEL

Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol.

Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.

Memperjelaskan teknologi itu, katanya: ”Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta.

“Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya

Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer.

Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan.

Sumber Berita Harian