Alat Penggera Motosikal – Jimat Belanja!

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kawan – kawan kita kedengaran hilang motosikal. Ada yang hilang pada siang hari di dalam pagar rumah dan hilang di parking lot motosikal yang ada pak guard. Pelik kan? Adakah kemungkinan pemilik lalai atau saja – saja lupa tentang dari segi keselamatan dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kejadian curi ini dari terus berlaku lagi.
Di sini saya sertakan litar untuk alat penggera motosikal yang boleh diDIY di mana belanja hanya RM 5 sahaja. Fungsi alat ini ialah apabila si pencuri mengopak dan ON suis-kunci utama dengan screw driver @ special tools, alarm akan diaktifkan oleh horn motosikal dan berbunyi (jika suis SPDT -ON). Walaupun si pencuri OFF kan semula sius kunci utama itu, horn masih lagi berbunyi. Alarm di OFF kan apabila suis SPDT – OFF. Jadi alat ini tujuannya sebenar hanya sekadar untuk menarik tumpuan orang ramai jika sekiranya ada orang lain ingin menceroboh motosikal hak milik anda. Jika horn anda dah kaput (rosak), pasang alarm ini hanya sia-sia sahaja.Harus diambil ingatan ye!

RM5Alarm

Komponen:-

* Suis SPDT- 1pc
* RELAY 12V, 5A. SPDT

Upgrade diagram

Upgrade diagram

Sumber Dipetik Dari: malaysianbikers.com.my

Klik disini untuk lagi DIY litar alarm

Branded Vs Non-Branded.. Apa bezanya?

Pelbagai Jenis Jenama Barangan Elektrik Di pasaran. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Pelbagai Jenis Jenama Barangan Elektrik Di pasaran. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak sangat jenis barangan elektrik dan elektronik di pasaran, ada yang Branded dan ada juga yang Non-Branded. Kalau kita pergi pasaraya besar untuk membeli barangan tersebut, kadangkala kita jadi kelabu mata la pulak yang mana satu idaman kalbu maksudnya tidak reti nak pilih coz banyak sangat barang dan ada beza dari segi jenama dan harganya…

So apa kamen anda?

Pemberhentian pekerja industri elektronik

Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas isu itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan untuk menyediakan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan program latihan semula kendalian Kementerian Sumber Manusia itu nanti akan turut menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan dijalankan.

“Selain itu, para pekerja yang diberhentikan juga harus kembali memasuki pasaran buruh kerana memang terdapat kekosongan kerja dalam negara kita sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan dan Dialog Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengakui wujudnya penurunan permintaan terhadap produk elektronik negara berikutan krisis ekonomi global yang dihadapi kini.

“Memang ada penurunan permintaan dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) khususnya dan ini menyebabkan sesetengah syarikat memikirkan untuk mengecilkan jumlah pekerja mereka bagi mengurangkan kos,” jelasnya.

Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Februari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Beliau menegaskan, di bawah seksyen 63 Akta Kerja 1955, majikan yang ingin memberhentikan pekerja, memberhentikan secara sukarela atau sementara dan mengurangkan gaji perlu melaporkan kepada JTK sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berbuat demikian.

“JTK akan sentiasa memantau dan meng-

ambil tindakan tegas sekiranya ada majikan yang gagal melaporkan sebarang pemberhentian pekerja,” katanya.

Subramaniam menambah, di samping mengemukakan laporan pemberhentian, majikan juga hendaklah membayar faedah pemberhentian kerja seperti ditetapkan dalam Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Hentikerja Sementara) 1980 di bawah Akta Kerja 1955.

“Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun perlu dibayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.

“Mereka yang telah berkhidmat selama dua tahun tetapi kurang dari lima tahun pula perlu dibayar 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan,” katanya.

Pekerja yang telah berkhidmat selama lima tahun atau lebih pula kata beliau, hendaklah dibayar 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.