Terapi Menggunakan Elektrostatik?

Hari ini terdapat banyak alat terapi elektrik di pasaran yang mengunakan konsep elektrostatik untuk merawat penyakit. Adakah kita tahu bagaimana alat ini berfungsi dan apakah peranannya dalam dunia perubatan moden. Di sini saya sertakan maklumat yang boleh membantu kita dalam memahami alat terapi elektrik ini.

Terapi Elektrostatik

Terapi elektrostatik merupakan terapi yang menggunakan cas-cas eletrik sebagai rawatan. Rawatan ini telah terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya.

Rawatan ini juga telah terbukti dapat membawa kebaikan kepada pengguna. Mungkin anda masih baru lagi atau kurang faham mengenainya dan hari ini saya akan mengupas kaedah rawatan alternatif dan kelebihan-kelebihannya supaya anda dapat mengenali kaedah ini dengan lebih mendalam.

Alat terapi elektrostatik yang diperakui antarabangsa mampu membantu merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak di dalam salur darah. Rawatan terapi elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Teruskan membaca

Advertisements