Harga Minyak Petrol Naik 1 September 2009 – Jangan Kita Naik Minyak!

Naik Lagi?

Naik Lagi?

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

Defenisi RON

Anda selalu mengisi kenderaan anda dengan menggunakan petrol yang bertulis RON 92, RON 95 atau RON 97!!! Apa maknanya???

RON menbawa maksud Research Octane Number. Ia adalah satu unit pengukuran untuk mengukur rintangan penyalaan sendiri bagi petrol dan bahan api lain di dalam enjin pembakaran dalam.

Nombor yang menyusul selepas RON adalah peratusan dalam isipadu iso-oktana dan heptana yang terkandung dalam minyak petrol. Sebagai contoh, RON 95 membawa maksud minyak berkenaan menggunakan isipadu iso-oktana sebanyak 95% dan selebihnya heptana sebanyak 5%.

dipetik dari ;
Ruangan Rencana Enjin, Mingguan Malaysia, 18 Jan 2009

Klik disini untuk Alat Penjimat Minyak Yang Jimat!

Advertisements

Petua Untuk Jimat Elektrik Di Rumah Kediaman Anda

Pastikan Lampu Di Tutup Selepas Digunakan

Pastikan Suis Lampu Di Tutup Selepas Digunakan

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:

1. Penggunaan Elektrik Secara Am

-Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plug).

– Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas).

-Mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.

-Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Teruskan membaca