Petir tidak kenal siapa?

KUANTAN: Seorang penternak di Kampung Sepat di sini terkejut selepas mendapati 13 ekor lembu ternakannya mati dipercayai disambar petir. Mat Salleh Awang, 58, berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan keadaan hujan lebat dan ribut petir. Katanya, pada kebiasaan, kira-kira 50 ekor ternakan termasuk kambing dan kerbau miliknya pulang ke kandang menjelang malam, namun 13 ekor lembu terbabit langsung tidak kelihatan. “Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian buruk berlaku hinggalah diberitahu oleh kawan saya pada 8 pagi tadi tentang penemuan bangkai kesemua lembu itu di kawasan ladang kira-kira 1.5 kilometer dari rumah saya,” katanya ketika ditemui di sini. Katanya, setibanya di situ, dia mendapati terdapat kesan terbakar di beberapa bahagian pada kesemua bangkai lembu itu. Mat Salleh berkata, dia kemudian menghubungi pihak Jabatan Veterina dan hasil pemeriksaan katanya, mengesahkan punca kejadian akibat panahan petir. Katanya, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM7,000.

-Bernama

Kalau kita lihat di sini bahawa petir tidak mengenal siapa samaada lembu atau orang ia tetap akan menuju kepada apa yang hendak sambar. Pelik kan? Kuantiti lembu yang mati ini adalah banyak. Mungkin lembu – lembu ini bermain air sewaktu hujan atau merendamkan kakinya dalam takungan air di tengah padang, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu!

Untuk info petir & kilat, klik di sini ye!

Advertisements

339 Kemalangan Elektrik Dicatat Dari 2002 Hingga 2007

JOHOR BAHARU, 28 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Tenaga merekodkan 339 kemalangan elektrik di seluruh negara sepanjang tahun 2002 hingga 2007.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Ab’llah Mohd Salleh berkata sebanyak 171 kes yang berlaku sepanjang tempoh itu melibatkan kemalangan maut manakala 168 kes tidak membawa kematian.

“Sebanyak 37 kemalangan maut dicatat setiap tahun dari tahun 2005 hingga 2007,” katanya ketika merasmikan kempen kesedaran keselamatan elektrik 2009 peringkat Negeri Johor di sini, Sabtu.

Beliau berkata statistik kemalangan maut 2002-2006 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga turut menunjukkan pelajar sekolah merupakan golongan ketiga selepas kontraktor dan pekerja sendiri yang menjadi mangsa.

Ab’llah berkata kempen kesedaran sebagaimana yang diadakan hari ini bertujuan menyalurkan maklumat dan memupuk kesedaran yang positif mengenai kepentingan menjaga keselamatan elektrik.

Beliau berkata pada tahun lepas program seumpama itu diadakan di 10 daerah di Zon Utara, Tengah, Selatan dan Timur melibatkan hampir 150 buah sekolah rendah dan menengah.

— BERNAMA