Voltage Stabilizer – Alat Penjimat Minyak Untuk Kereta Dan Motosikal

Dalam perbincangan yang lalu, saya telah mendapat info mengenai fungsi dan kelebihan voltage stabilizer (VS) pada kereta. Tidak kiralah kereta atau motosikal, baik lori atau bas yang pasti kenderaan ini pasti menggunakan bateri sebagai sumber tenaga.
Jadi saya telah tertarik untuk menggunakan VS pada kereta Wira 1.5 Gli (Sedan) saya di mana saya telah membeli VS yang berjenama S******* ini melalui Online yang berharga RM 130.00 pada awal tahun 2009. Saya dapat merasakan ada perubahan pada sistem elektrik kereta saya di mana lampu luar dan dalam kereta menjadi lebih terang dari biasa, A/Cond lagi sejuk dari biasa walaupun volume hanya pada low dan ONkan compressor A/Cond menjadi ringan ketika kereta bergerak dan terdapat kesan pada penjimatan minyak petrol.
Tetapi setelah beberapa bulan, saya telah mendapat maklumat bahawa VS ini sebenarnya boleh di buat sendiri (DIY) hasil dari sumber google. Saya telah cuba membuatnya dan ternyata hasilnya amat memberangsangkan dengan kos yang murah dari yang saya beli pada awalnya dan fungsinya adalah sama dengan VS yang berjenama di luar sana. Jadi anda di beri 2 pilihan untuk memilikinya samada membelinya atau membuat sendiri. Bagi saya membuatnya sendiri adalah satu kepuasan bagi saya kerana ianya telah berjaya.

Hasil DIY VS Kereta – Version 1

Muat turun Proses DIY Voltage Stabilizer

Kepada pemilik kereta yang berminat untuk memiliki VS ini, anda bolehlah membuatnya sendiri atau terus membuat TEMPAHAN dengan saya melalui :

E-mel : asmawie_03@yahoo.com.sg
Harga : RM 90.00 sahaja termasuk pos laju

Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?

Hari ini ramai orang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar voltage stabilizer pada kereta? Di manakah ia di pasang dan mengapakah ia perlu dipasang? Adakah ia membantu performance kereta kita? Disebabkan kemusykilan ini jadi masih ramai di antara pemilik-pemilik kereta di luar sana masih lagi tidak memerlukan voltage stabilizer ini. Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis voltage stabilizer yang hangat di pasaran.

Stromberg

Stromberg

Pivot Raizin

Pivot Raizin

i-charge

i-charge

eco charge

eco charge

Zaptor

Zaptor

Brand lain1

Brand lain1

Brand lain2

Brand lain2

Brand lain3

Brand lain3

Brand lain4

Brand lain4

Pasang di mana? ada dua pilihan

Ada yang pasang pada bateri kereta

Ada yang pasang pada bateri kereta

Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta

Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta

Ini adalah hasil penggooglelan saya mengenai Fungsi Voltage Stabilizer..Check it out!

Loads of Testimonials and Comments from Volvo Owners Club Malaysia:

Finer Details:

TO IMPROVE THE ENGINE PERFORMANCE, THE CAR’S ECU IS HIGHLY DEPENDENT ON ALL SENSORS THAT PROVIDE DATA & SIGNALS TO COORDINATE DIFFERENT PARTS IN DIFFERENT PLACES. THE ECU CAN GIVE BEST JUDGEMENT IF & ONLY IF THE SIGNAL IS ACCURATE WHICH AFFECTED BY ELECTRICAL FLOW IN THE SYSTEM. HENCE A STABLE & POWERFUL ELECTRICAL SYSTEM IN CAR WILL ENSURE BEST TORQUE & RESPONSE.

THIS VOLTAGE STABILIZER WITH ITS CIRCUITRY CAN ASSURE FULL RANGE RPM TORQUE. IMPROVED ACCELERATION BOTH IN CIRCUIT AND STREET USE. IT ALSO ENHANCES AUDIO, LAMPS & ALL OTHER EQUIPMENTS TO THEIR MAXIMUM POTENTIAL.
BENEFITS:

* INCREASES TORQUE
* IMPROVES FUEL ECONOMY
* IMPROVES ENGINE RESPONSE
* STABILIZES IDLING
* QUICK ENGINE START
* LESSER ENGINE NOISE
* INCREASES HEADLIGHT BRIGHTNESS
* IMPROVES BATTERY LIFE & AUDIO QUALITY

THIS VOLTAGE STABILIZER STORES ELECTRICAL ENERGY AT ALL TIME TO PROVIDE STABLE & SUFFICIENT ELECTRICAL ENERGY WHENEVER THERE IS VOLTAGE DROP ACROSS THE SUPPLY WHEN POWER NEEDED FROM ALL PARTS IN THE CAR.

THIS SYSTEM CAN FILTER OUT ELECTRICAL NOISE & ELIMINATE IRREGULAR CURRENT FLOW IN THE CAR ELECTRICAL SYSTEM.

ITS SO EASY TO INSTALL, JUST CONNECT THE RED WIRE TO BATTERY POSITIVE & BLACK WIRE TO BATTERY NEGATIVE.

Apa Perbezaan Kereta Elektrik Dengan Kereta Hybrid dan Hydrofuel

KERETA ELEKTRIK

Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat.

Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.

Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa.

“Apabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal.

“Kuasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus.

Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar.

WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan.

Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan.

Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.

Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan.

Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan.

Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.

Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid.

Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya.

Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan.

Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.

Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai.

KERETA HIBRID
Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak.

“Kita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.

Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi.

Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada?

KERETA HYDROFUEL

Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol.

Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.

Memperjelaskan teknologi itu, katanya: ”Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta.

“Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya

Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer.

Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan.

Sumber Berita Harian

MMM tawar kereta elektrik di Malaysia

Keizo Ono (kanan) dan Takayuki Yatabe bersama kereta elektrik i MiEV di Subang dekat Kuala Lumpur

Keizo Ono (kanan) dan Takayuki Yatabe bersama kereta elektrik i MiEV di Subang dekat Kuala Lumpur

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan memperkenalkan kereta elektrik, i MiEV (Mitsubishi Innovative Electric Vehicle) kepada wakil-wakil kementerian berkaitan, dalam usaha mempromosi penggunaan kenderaan bertenaga alternatif itu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keizo Ono berkata, model i MiEV, yang boleh memuatkan empat orang, dijangka dilancarkan di Jepun pada 2009 sebelum diperluas ke beberapa pasaran utama dunia pada tahun 2010.

Pasaran Malaysia ujarnya, masih belum dipastikan kerana banyak lagi isu-isu berkaitan insentif cukai dan dasar kerajaan perlu diperhalusi sebelum boleh menyaksikan kereta elektrik itu dijual di negara ini.

”Oleh itu, kami akan mengambil peluang dengan adanya satu unit i MiEV yang dibawa khas untuk dipandu uji bukan sahaja kepada wakil media tetapi juga wakil-wakil kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi pandu uji kereta tersebut di sini, semalam.

Kereta elektrik, i MiEV tersebut akan menjadi satu tarikan utama pada Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) di sini dari 3 hingga 5 Disember ini.

Persidangan IPTC ialah antara persidangan teknikal paling menonjol di dunia untuk industri tenaga. Bertemakan ‘Memenuhi Keperluan Tenaga Ekonomi Dunia yang Berkembang’, persidangan itu akan memberi tumpuan kepada pemuliharaan tenaga, perubahan iklim dengan tenaga alternatif.

Sementara itu, wakil Pejabat Pengurusan Perniagaan i MiEV dari Jepun, Takayuki Yatabe berkata, sebanyak 40 buah kereta tersebut sedang diuji di semua bandar raya utama di Jepun pada masa ini, termasuk beberapa lagi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam konteks Malaysia, beliau berkata, sokongan daripada kerajaan adalah penting pada peringkat awal pembangunan kereta elektrik ini.

”Ini kerana selain isu berkenaan insentif dan cukai jualan, penggunaan kereta elektrik perlu dilengkapkan dengan infrastruktur sokongan seperti pusat mengecas bateri,” ujarnya.

Menurut beliau, Mitsubishi i MiEV beroperasi dengan pek bateri lithium-ion.

Katanya, bateri itu boleh dicaj untuk tempoh sekurang-kurang tujuh jam menggunakan arus 200-volt yang membolehkan i MiEV dipandu dalam jarak 160 kilometer (km) dengan kelajuan mencecah 130 kilometer sejam.

TESLA MOTORS memperkenalkan Model S versi Elektrik

Tesla Motors baru-baru ini telah memperkenalkan kereta elektrik pertama keluarannya, Model S Elektrik. Kereta sedan mempunyai 5 tempat duduk ini bakal disasarkan kepada keluarga dengan pendapatan sederhana. Menurut Elon Musk, Pengerusi dan CEO Tesla mengatakan model S Elektrik ini akan menemui pengguna Amerika selewat-lewatnya pada 2011.

Tidak seperti kenderaan jenis hidbrid, Tesla Model S Elektrik ini tidak mengunakan sebarang bahan api fosil. Sebaliknya, kereta ini dijana dengan mengunakan bateri Lithium Ion. Apa yang menarik sekali ialah, bateri tersebut dibina dalam bentuk pek-pek kecil bagi memudahkan penguna mengecas semula di rumah atau ditempat kerja. Bateri ini boleh dicaj pada output 120V, 240V (standard di Malaysia) dan 480V.

Menurut Tesla Motors, bagi setiap pengecasan penuh, bateri lithium ion ini mampu membawa kereta bergerak sejauh 482 Km, lebih kurang sama seperti mengisi minyak penuh untuk kereta biasa. Apa yang menakjubkan, kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 210 km/j dan hanya memerlukan 6 saat untuk memecut dari 0 ke 100km/j.

Potongan cukai untuk kenderaan mesra alam.

Harga model S elektrik belum lagi dimuktamadkan tetapi ia mungkin mencecah AS$ 57,000. Namun, pengguna di Amerika akan menerima dari segi potongan cukai sebanyak AS$ 7000 sebagai inisiatif kerajaan Amerika Syarikat dalam mengalakkan penggunakan kenderaan mesra alam.

Bagi kebanyakkan orang, harga yang dicadangkan mungkin masih tinggi tetapi Elon Musk meminta pengguna melihat dari sudut lain seperti menjimatan dari segi kos bahan api yang harga tidak menentu disamping kos penyelengaraan yang dijamin lebih rendah berbanding kereta biasa untuk jangka masa yang panjang.

Apabila model S ini dipasarkan kelak, ia diharap mampu dijual pada kadar 20000 unit setahun, tambah Elon Musk lagi.

,

Kereta Elektrik : Apa pendapat anda?

Abdullah Ahmad Badawi gembira selepas memandu uji kereta elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya

Abdullah Ahmad Badawi gembira selepas memandu uji kereta elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya

KUALA LUMPUR 22 Julai – Pengeluaran kereta elektrik oleh Proton di Malaysia dilihat sebagai satu kejayaan besar yang bakal dicapai oleh negara khususnya dalam usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol.

Beberapa orang pakar ekonomi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini melihat langkah yang bakal diambil Proton itu sebagai satu tindakan yang amat baik dan bakal memberi impak positif kepada rakyat serta industri pemotoran negara.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, pada ketika rakyat dibelenggu dengan kenaikan harga petrol yang cukup membebankan, kerajaan telah tampil dengan idea yang cukup baik dan sihat apabila mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik.

Katanya, seiring dengan matlamat kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat, Proton juga perlu memastikan pengeluaran kereta elektrik itu kelak mampu memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan sederhana dan bawah.

“Sehubungan itu, Proton perlu mengkaji secara mendalam mengenai hal ini khususnya kumpulan sasaran penjualan kereta tersebut agar hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tidak tersasar,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam. Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

Menurut Haim, Proton juga disarankan agar meluaskan pasaran penjualan kereta bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa sebagai usaha meningkatkan pengeluaran yang akan dapat membantu mengurangkan kos pembuatan kereta elektrik itu.

Jelasnya lagi, faktor-faktor tersebut diyakini akan dapat mempengaruhi harga kereta tersebut di pasaran dan sekali gus Proton mampu menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kemampuan rakyat Malaysia.

“Proton perlu ada strategi yang baik dan perancangan yang rapi jika mahu melihat idea ini dapat direalisasikan pada tahun depan,” ujarnya.

Tambah beliau, penghasilan kereta elektrik itu juga dapat memberi kesan yang baik kepada industri hiliran dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat.

Pengerusi Pusat Dasar Kajian Umum, Tan Sri Ramon Navaratnam pula menyifatkan langkah yang diambil oleh kerajaan sebagai satu kejayaan yang besar dan penghasilan kereta elektrik itu merupakan satu pengenalan baru yang bakal memberi kesan positif kepada rakyat.

“Saya amat mengalu-alukan langkah yang diambil oleh kerajaan ini kerana ia diyakini akan dapat membantu rakyat berjimat cermat,” katanya.

Beliau memberitahu, kereta elektrik tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi berbanding kereta yang menggunakan petrol.

Katanya lagi, idea tersebut sangat praktikal dalam situasi negara dibelenggu dengan kenaikan harga petrol yang tinggi.

Malah menurut Ramon, usaha itu juga bakal memberi ‘nyawa’ yang lebih panjang kepada Proton untuk bersaing di dalam industri pemotoran.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah ketika dihubungi berkata, pengeluaran kereta elektrik oleh Proton akan dapat membantu rakyat mengurangkan kos hidup yang semakin meningkat.

“Kereta elektrik tidak memerlukan pembiayaan penyelengaraan yang tinggi berbanding kereta petrol yang enjinnya lebih kompleks untuk dijaga.

“Malah pengguna juga tidak perlu mengisi minyak pada setiap hari kerana kita hanya perlu mengecas baterinya di rumah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada syarikat pengeluar kereta tempatan itu agar mengenakan harga kenderaan tersebut pada paras yang berpatutan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat mampu memilikinya.