BEZA TIANG ELEKTRIK INDIA DENGAN MALAYSIA

Sila anda tatapi betul-betul gambar yang saya sertakan ini ,bolehkah anda buat perbezaan antara tiang elektrik di India dengan tiang elektrik TNB di Malaysia? Bagaimanakah keadan yang sama ini berlaku di luar rumah anda? Jika anda berada di India, mungkin dalam fikiran anda selamat ke tidak nak lalu ni? Mungkin anda cari jalan altenatif lain kot? Jadi sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal…

Burung gagak pun pikir 2 kali nak landing kt tiang elektrik ni!

Burung gagak pun pikir 2 kali nak landing kt tiang elektrik ni!

Selamat ke?

Selamat ke?

Buat x tau je...

Buat x tau je...

ADAKAH RUMAH KITA SELAMAT UNTUK ANAK – ANAK

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 – 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.

Teruskan membaca

Kesan RCCB – alat pelindungan pada pemanas air tidak berfungsi

Adakah pemanas air anda selamat untuk digunakan? Pastikan anda periksa RCCB pada pemanas air supaya ia berfungsi dengan baik..Gambar ini sebagai renungan untuk keselamatan kita bersama.

Jenis Pemanas Air Yang Digunakan

Jenis Pemanas Air Yang Digunakan

Tempat Kejadian

Tempat Kejadian

Kesan Kerosakan

Kesan Kerosakan

Kesan renjatan elektrik1

Kesan renjatan elektrik1

Kesan renjatan elektrik2

Kesan renjatan elektrik2

Kesan renjatan elektrik3

Kesan renjatan elektrik3

Kesan renjatan elektrik4

Kesan renjatan elektrik4

Kesan renjatan elektrik5

Kesan renjatan elektrik5

Kesan renjatan elektrik6

Kesan renjatan elektrik6

Kesan renjatan elektrik7

Kesan renjatan elektrik7

Akhirnya kehilangan nyawa

Akhirnya kehilangan nyawa

Keselamatan Pengendalian Alatan Elektrik

Pengenalan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang amat penting pada hari ini. Tanpa elektrik manusia tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian yang sebahagian besarnya beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik.

Perkembang pesat era teknologi elektrik ini bermula dari era kurun ke-16 Masehi. Ramai inventor yang lahir di Eropah pada zaman revolusi. Antaranya Alessandro Antonio Volta (1745-1827), seorang ahli fizik Itali yang mencipta bateri elektrik yang mana alat pertama yang menjana pengaliran elektrisiti (Arus) secara berterusan. Seorang lagi inventor yang begitu signifikan dalam perkembangan teknologi elektrik ini ialah Adre-Marie Ampere (1775-1836), seorang ahli matematik dan fizik Perancis yang mengasas prinsip elektrodinamik. Beliau telah menjelaskan konsep arus elektrik secara spesifik dan membangunkan kaedah menilai dan mengira kuantiti arus.

Terminologi

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron.

Teruskan membaca