Malaysia negara yang banyak panahan petir, kenapa tiada statistik?

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?

Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut dibaca ketika guruh dan petir.

Bak kata Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” � Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.” (Surah Ar-Ra’d , ayat 13) – mks._

Advertisements

MMM tawar kereta elektrik di Malaysia

Keizo Ono (kanan) dan Takayuki Yatabe bersama kereta elektrik i MiEV di Subang dekat Kuala Lumpur

Keizo Ono (kanan) dan Takayuki Yatabe bersama kereta elektrik i MiEV di Subang dekat Kuala Lumpur

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan memperkenalkan kereta elektrik, i MiEV (Mitsubishi Innovative Electric Vehicle) kepada wakil-wakil kementerian berkaitan, dalam usaha mempromosi penggunaan kenderaan bertenaga alternatif itu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keizo Ono berkata, model i MiEV, yang boleh memuatkan empat orang, dijangka dilancarkan di Jepun pada 2009 sebelum diperluas ke beberapa pasaran utama dunia pada tahun 2010.

Pasaran Malaysia ujarnya, masih belum dipastikan kerana banyak lagi isu-isu berkaitan insentif cukai dan dasar kerajaan perlu diperhalusi sebelum boleh menyaksikan kereta elektrik itu dijual di negara ini.

”Oleh itu, kami akan mengambil peluang dengan adanya satu unit i MiEV yang dibawa khas untuk dipandu uji bukan sahaja kepada wakil media tetapi juga wakil-wakil kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi pandu uji kereta tersebut di sini, semalam.

Kereta elektrik, i MiEV tersebut akan menjadi satu tarikan utama pada Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) di sini dari 3 hingga 5 Disember ini.

Persidangan IPTC ialah antara persidangan teknikal paling menonjol di dunia untuk industri tenaga. Bertemakan ‘Memenuhi Keperluan Tenaga Ekonomi Dunia yang Berkembang’, persidangan itu akan memberi tumpuan kepada pemuliharaan tenaga, perubahan iklim dengan tenaga alternatif.

Sementara itu, wakil Pejabat Pengurusan Perniagaan i MiEV dari Jepun, Takayuki Yatabe berkata, sebanyak 40 buah kereta tersebut sedang diuji di semua bandar raya utama di Jepun pada masa ini, termasuk beberapa lagi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam konteks Malaysia, beliau berkata, sokongan daripada kerajaan adalah penting pada peringkat awal pembangunan kereta elektrik ini.

”Ini kerana selain isu berkenaan insentif dan cukai jualan, penggunaan kereta elektrik perlu dilengkapkan dengan infrastruktur sokongan seperti pusat mengecas bateri,” ujarnya.

Menurut beliau, Mitsubishi i MiEV beroperasi dengan pek bateri lithium-ion.

Katanya, bateri itu boleh dicaj untuk tempoh sekurang-kurang tujuh jam menggunakan arus 200-volt yang membolehkan i MiEV dipandu dalam jarak 160 kilometer (km) dengan kelajuan mencecah 130 kilometer sejam.