Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman ini disediakan sebagai panduan pendawaian kepada semua Pendawai dan Kontraktor Elektrik untuk melaksanakan sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Panduan ini dibuat secara ringkas dan padat bertujuan untuk memudahkan sistem pendawaian elektrik di bangunan-bangunan kediaman dibuat dengan sempurna dan selamat untuk digunakan bagi menepati keperluan asas pendawaian.

Panduan ini juga berguna kepada pemunya bangunan kediaman atau pepasangan pendawaian supaya keperluan pendawaian elektrik yangsempurna dan selamat di kediamannya dapat dikenali.Semoga dengan adanya panduan ini, ianya dapat memastikan semua pendawaian elektrik dapat dibuat berpandukan kepada kaedah dan peraturan keselamatan pendawaian yang betul serta dapat mengelakkan daripada sebarang kemalangan elektrik yang mungkin akan berlaku. Keperluan keselamatan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan apa-apa kemalangan sama ada yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal, kehilangan nyawa atau harta benda.

Untuk penerangan lanjut mengenai panduan ini, klik di sini

Advertisements

ADAKAH RUMAH KITA SELAMAT UNTUK ANAK – ANAK

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 – 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.

Teruskan membaca