Petir tidak kenal siapa?

KUANTAN: Seorang penternak di Kampung Sepat di sini terkejut selepas mendapati 13 ekor lembu ternakannya mati dipercayai disambar petir. Mat Salleh Awang, 58, berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan keadaan hujan lebat dan ribut petir. Katanya, pada kebiasaan, kira-kira 50 ekor ternakan termasuk kambing dan kerbau miliknya pulang ke kandang menjelang malam, namun 13 ekor lembu terbabit langsung tidak kelihatan. “Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian buruk berlaku hinggalah diberitahu oleh kawan saya pada 8 pagi tadi tentang penemuan bangkai kesemua lembu itu di kawasan ladang kira-kira 1.5 kilometer dari rumah saya,” katanya ketika ditemui di sini. Katanya, setibanya di situ, dia mendapati terdapat kesan terbakar di beberapa bahagian pada kesemua bangkai lembu itu. Mat Salleh berkata, dia kemudian menghubungi pihak Jabatan Veterina dan hasil pemeriksaan katanya, mengesahkan punca kejadian akibat panahan petir. Katanya, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM7,000.

-Bernama

Kalau kita lihat di sini bahawa petir tidak mengenal siapa samaada lembu atau orang ia tetap akan menuju kepada apa yang hendak sambar. Pelik kan? Kuantiti lembu yang mati ini adalah banyak. Mungkin lembu – lembu ini bermain air sewaktu hujan atau merendamkan kakinya dalam takungan air di tengah padang, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu!

Untuk info petir & kilat, klik di sini ye!

Advertisements

Akibat panahan petir

SERING kita mendengar berita manusia cedera atau mati akibat dipanah petir. Walaupun kematian akibat panahan petir jarang berlaku, ia merupakan punca kematian akibat cuaca yang paling banyak berlaku selain daripada banjir.

Di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan berlaku 3,000 kematian setahun akibat serangan jantung yang berkaitan dengan panahan petir. Kebanyakan kes orang terkena panahan petir berlaku di luar bangunan, semasa melakukan aktiviti sukan/rekreasi (memancing, berenang, bersukan padang, bermain golf) atau bekerja (pembinaan, pertanian).
Teruskan membaca

Malaysia negara yang banyak panahan petir, kenapa tiada statistik?

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?

Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut dibaca ketika guruh dan petir.

Bak kata Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” � Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.” (Surah Ar-Ra’d , ayat 13) – mks._

Bagaimana kilat, petir dan guruh terjadi?

Petir - Fenomena Alam

Petir - Fenomena Alam

Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara.

Kilat adalah cahaya terang yang terbentuk sewaktu pelepasan elektrik ke atmosfera ketika hujan ribut. Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.

Ribut petir pula ditakrifkan oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba menghasilkan lintasa cahaya (kilat) dan bunyi guruh.

Ia akan berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulosnimbus, dengan pergolakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.

Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan elektrik yang besar daripada apa yang dihasilkan oleh Amerika.

Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.

Kilat terjadi dalam bentuk sekurang-kurangnya dua sambaran. Pada sambaran pertama, muaran negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah. Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tida di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.

Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.