BAHAYA RUMAH BERHAMPIRAN PENCAWANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI?

Pencawang elektrik voltan tinggi

Pencawang elektrik voltan tinggi

Rumah adalah tempat kita sekeluarga untuk berteduh,berlindung dari panas dan hujan,berlindung dari segala mara bahaya dan rumahku adalah syurgaku. Tetapi dalam tidak kita sedari rumah kita duduki mendatangkan bahaya kepada kita sekeluarga. Apa tidaknya, rumah yang kita duduki itu selama bertahun-tahun lamanya berhampiran pencawang elektrik voltan tinggi dan talian atas – seperti gambar yang saya sertakan.
Memang kita tidak nafikan, hari ini kebanyakan kawasan-kawasan perumahan didirikan sangat hampir dengan pencawang elektrik voltan tinggi. Saya tidak pasti kenapa perkara ini boleh berlaku, mungkin pemaju sudah tidak tidak ada tanah lain lagi untuk dimajukan atau hanya untuk kepentingan dan keuntungan semata-semata. Kepada pembeli rumah pula, asalkan rumah memenuhi kehendak naluri masing-masing, mampu bayar dan cantik tidak kisahlah rumah itu berhampiran dengan pencawang elektrik voltan tinggi, tanpa memikiri kesan jangka masa panjang.

Jadi di sini saya sertakan kajian yang di buat berkaitan masalah ini dan sila baca artikel di bawah ini.

Apa itu elektrik dan medan magnetik.

Elektrik adalah pergerakan elektron-elektron atau arus menerusi seutas pengalir. Jenis bekalan elektrik yang melalui pencawang elektrik dan ke rumah adalah arus ulang-alik (AU). AU menghasilkan dua jenis medan iaitu medan elektrik dan medan magnet. Medan elektrik dihasilkan oleh voltan, yang mana tekanan akan menolak elektron-elektron melalui pengalir, seperti air melalui sebatang paip. Jika voltan itu meningkat, medan elektrik itu meningkat. Medan magnet terhasil dari aliran arus melalui kabel atau peralatan elektrik dan kekuatan medan magnet meningkat sepertimana arus itu meningkat. Dua medan ini, medan elektrik dan magnetik, atau lebih dikenali sebagai Elektromagnetik Field (EMF).

Teruskan membaca

Advertisements

ADAKAH RUMAH KITA SELAMAT UNTUK ANAK – ANAK

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda?

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 – 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.

Teruskan membaca