TV Berkesan Tipu Imaginasi Remaja

PENGARUH media memang diketahui umum kerana ia bukan sekadar alat komunikasi atau penyebar maklumat malah sebagai transmisi budaya dan membantu proses sosialisasi masyarakat. Banyak kajian pakar komunikasi dan psikologi membuktikan mesej atau maklumat media sama ada elektronik atau cetak, meninggalkan kesan kepada orang ramai.

Malah, media elektronik dikatakan mampu mempengaruhi kehidupan harian kanak-kanak dan remaja. Keadaan ini lebih serius apabila ditokok tambah dengan pengaruh persekitaran, kekeluargaan dan sifat semula jadi seseorang itu. Pengaruh paling ketara media elektronik ialah melalui video, filem dan TV. Sama ada suka atau sebaliknya, memang ada kesan negatif daripada media elektronik sehingga menyebabkan sesetengah remaja dan kanak-kanak bertindak agresif. Teruskan membaca

TV? Apa kesannya terhadap perkembangan kanak – kanak

sc0010

Adakah anda mahu melihat anak-anak anda membesar sebagai seorang yang pintar dalam matematik, bahasa atau muzik? Atau mungkin anda mahukan anak anda berjaya disekolah dan menjadi pemikir ketika dewasa kelak?

Jika itulah impian anda, jauhkan anak anda daripada televisyen.

Fakta yang tidak boleh dielakkan, menonton TV boleh menjadikan kanak-kanak kurang cerdik, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang dari berfikir secara mendalam, mencuri masa, mengganggu tidur, merampas waktu bermain dan sebagainya.

# Akademi Pediatrik Amerika menyarankan supaya televisyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Rasionalnya, dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia dan bukan didikan imej di televisyen.

# Pakar Perkembangan Hemisfera Otak Universiti Chicago, Dr Jerre Levy, berkata kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa dan bukannya menonton televisyen. Ini kerana menonton televisyen adalah proses interaksi sehala saja iaitu televisyen menayangkan rancangan, manakala si cilik sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.

# Ibrahim M Hefzallah dalam bukunya, Critical Viewing of Television menyatakan, televisyen memaparkan hubungan seks yang berulang kali. Seks yang biasa ditunjukkan bukan hanya dalam cerita kartun, tetapi cerita realiti juga sehingga ada unsur cinta si hero dan heroin berakhir di ranjang katil bagi menunjukkan bahawa itu adalah tanda cinta sejati. Perkara itu jika sentiasa berulang dalam kehidupan si cilik, mereka akan menganggap ia adalah perkara lumrah atau biasa.

Rujukan :
Critical Viewing Of Television
Children And Television : Fifty Years Of Research
Smart Guide To Kid’s TV