Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus

KEWUJUDAN sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang ‘wajib’ menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima ‘reminder’ dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini.

Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan ‘perintah’ mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.

Teruskan membaca

Advertisements